Friday, March 23, 2012

Cousins + Sisters = Cousters

Promise you guys to feed in more pictures. So.... Here you go!
Btw, saya bukan pakar edit video terhebat. Aznil cakap amatur...

Monday, March 19, 2012

Johor Bahru Day 3 and Day 4

So... Day 2 is like the highlight of the family day...
Ermmmm.... Pagi tu, bangun, mandi, pakai baju, tudung, capai camera, turun bawah!
Turun bawah macam semangat je nak breakfast,
lepas tu, "Makanan tak sampai lagi"
Kesian perut kita....

Sementara nak tunggu breakfast tu sampai, kitorang apa lagi ennnn...
Ambik gambar ah...
Yang akak-akak and cousin cousin ni, tak habis habis lagi scene lompat diorang. -.-"


Syahirah kecik sibuk nak lompat jugak time kitorang tengah ready...
Annnnnddd.... SNAP!


Toing! Toing! Semua dah lompat macam apa. Kalau matahari tu betul-betul belakang diorang...
HUISH! Terus jadi photographer ternama aku...
Wallaweh! Perasan! ><

:O Loveline terjadi!!! Scene terhebat abad ini!
Director director sekalian, kalau nak cari idea baru, boleh adaptasi gambar ni ehhh....
Tapi, jangan lebih sangat...
Ustaz kata haram!
Eh! Bukan ustaz kata! Allah perintah!

Yang ni... Masih menunggu breakfast.....

Masih menunggu. Tengok! Marissa dah nangis.
Penat Pak Ngah pujuk....

Lepas tu, barulah makan sampai.
Dah kalau makan, tak elok kita buat benda lain sambil makan.
So, tiada gambar. Ala, makan je pun. ;p

And this! -.-"
Tak pernah pernah kot keluarga Hj. Yusoff buat poco-poco, entah mimpi mana entah, buat poco-poco.
Sungguh.... Memalukan...
Dah lah yang anak dara semua kena lead yang uncle uncle, aunty aunty, nenek nenek and atuk atuk.
Cewahhh... Anak dara ke aku? Terasa seperti masih di zaman kanak-kanak!

Ni sebelum sukaneka.
Semua cam berderet baju merah ennn....
Garang family tahun ni! Tahun lepas, lembut je, warna hijau.

And the game began!
Kids first! Kutip gula-gula!
Marissa comel gila!!!
You know kids, bukan faham pun en...
Orang suruh kutip gula-gula.
Dia pergi makan gula-gula... Dah ah buat muka au!

Dah dia tak fahammmmm....
Akak akak sedara yang baik hati ni pun, tolong kutipkan, then masukkan dalam baju dia.
Dia buat muka cam "Pahal ada gula-gula dalam baju aku?"

Lepas tu, dah sukaneka pakcik pakcik dan makcik makcik...
Macam dah malas nak layan.
Hoiiiii! Jahatnya aku!
Then, kitorang pergi pantai, ambik gambar lagi!

From the left, Along, Angah, Eika, Shidah.
Yang paling semangat sekali Angah la en...

And again... Lompat lagi....

Lepas dah main lompat lompat tu, kitorang terus naik bilik... Penat ah...
Padahal ada aktiviti lain kat bawah.
Time beach football, Aarif jadi hero pun, kitorang tak turun, tidur dalam bilik!
Kesian adik aku tu... Orang lain punya ah puji dia main bola, akak akak dia tidur dalam bilik.

Pas tu en, dah ah breakfast lambat, lunch pun lambat oh...
Lunch memang LAMBAT TAK TERKATA.
Ayah dah bengang, ayah pergi beli Maggi Cup je.
Lepas tu melantak kat beranda bilik.
Time lunch ni, dah tak ada aktiviti dah... Semua buat kerja sendiri.
Swim, jalan kat pantai, karaoke tu wajib ada la dalam senarai mengisi masa lapang.

Then, malam tu...
Macam... Boleh kata macam malam kebudayaan lah.
Karaoke lagi! -.-"
Lepas tu, time semua tengah enjoy makan, ada perkara mendebarkan berlaku!

Kan ada griller yang pakai gas tu en...
Diorang pakai buat bakar sausage...
Mula-mula, gas dia hidup, lepas tu mati. Hidup, lepas tu mati.
Okay... Mula-mula Watlek watpis...
Tiba-tiba! Griller tu, keluar api ohhhh!!!
Semua orang menjerit! Lepas tu keluar dari tempat makan tu...
Then... hero-hero sekalian pun datang menyelamatkan keadaan!
Nasib baik terpadam api tu!

Next day tu, kitorag kena balik awal sebab nak hantar Anagah balik MSU.
So, kitorang balik lagi awal dari orang lain :(
Sungguh membosankan!
Kay dah habis pun cerita pasal JB. Haaaahhhh!

Monday, March 12, 2012

Johor Bahru Day 2

Wahhhh... Lama tak update, sekarang baru nak sambung cerita JB. -.-" Sorry. Busy la weh!

Anyway, the next day tu, kitorang gerak dari rumah Ayah Chik, ke rumah Ayah Li. Sebab nak pergi sekali. Then, lepak-lepak, makan-makan, tunggu family yang lain datang, baru gerak hotel.
Wait, I can't remember the hotel name. -.-" Dah lama sangat ni. Sampai tak ingat nama hotel. Huhhhh... Parah!

Eh, kalau korang dengar radio, kan dia ada iklan yang cakap pasal jambata huruf A kat Desaru, en? I went there!
Dengar iklan, wallaweh! Menariknya!
Sampai tempat kejadian....
Ohhhhh, macam ni rupanya....
Well, it does look like an A... But it just not that fascinating.
Cikgu BM saya kata, "Indah khabar dari rupa"
Gambar ni pun macam indah khabar dari rupa jugak. You gotta witness it with your own eyes.
Dalam kereta, nak cerita apa kan?
So, skip cerita dalam kereta.

Sampai sana, time nak check in hotel. Dia macam ada problem apa ntah. So, mula-mula macam
"Okay fine. Tunggu lah kejap. Jom tengok-tengok!"
*Woohoo! Mode excited!


Time ni, memang semua orang buat kerja sendiri ah kat lobby tu. -.-" Menunggu orang tu sediakan bilik.
For the first one hour, macam main-main ah kat lobby tu.
*Weehee! Ini sangat menyeronokkan!
After another hour....
"BAAAAHHHHHHH!!!!! What the heck is going on?!"
Internet service pun macam...... You know what I mean.
Tapi, nak buat macam mana kan? Redha je la seadanya. Kita datang pun bukan sebab nak tidur je dalam bilik.
Nak spend time dengan the whole family. So, okay lah. Tutup sebelah mata.

Dalam 2 to 3 hours waiting kat lobby macam orang dah tak ada tujuan, kitorang pun masuklah bilik.
Bilik dia.... Mula-mula nak bukak pintu...
"Ehh! Pahal pintu ni stuck?!"
Nasib baik ah ada abang room service tengah jalan kat situ. Panggil ah abang tu.
Then masuk bilik... Muka macam :O
Cadar katil dia.... Huiyooo! Ada peta bhaaaiiii!
Tandas dia bersih, tapi, kurang convenient ah.....
Hesh... Tandas kat wangsa walk pun lagi comel.
Nasib baik view dekat beranda tu lawa.

Okay, view cantik. Saya tutup sebelah mata lagi....

Lepas tu, makan lagi dalam bilik Mak Ngah.
Ya Allah, baru sedar aku menumpang kasih time ni.
Ish ish ish....

Lepas tu, Eika dengan Shidah, my cousins, ajak swim. So, okay.
Tukar baju, bawak camera, turun bawah.
Kalau aku dah bawak camera, memang ye lah kan nak swim....
Camera tu, kalau boleh bawak terjun dalam pool, memang aku dah bawak dah..
Sampai ke dasar pool tu pun sanggup.
Tapi, hakikat... Tak boleh. So, apa lagi? Memang duduk kat darat, ambik gambar orang lain je la.








Yang ni semua some of the pics that I took. Akibat terlalu taksub cekak sana, cekak sini, haprak.... Gambar aku kat pantai satu pun tak ada. Kecewa tak terkata....
*Cekak means bunyi camera. :)
I'll feed you with other pictures later on.

Malam tu, karaoke + dinner. Sumpah tak nak cerita pasal karaoke....
Sebab family Hj. Yusoff, hobi memang karaoke.
So, vokal pun tahap karaokae je lahhh.....
So, bahhhh... Tak nak cerita banyak-banyak.
Cikgu BM kata, "tak baik bukak bekung orang" Betul kan? Tak betul pun, faham-faham lah.
Kay dah. :)