Saturday, December 31, 2011

Ehek Ehek. Dah New Year Ek?

Tadi bukak laptop. Bukak Google Chrome.
And then...

"Oh! Smart gila Google!"
Baru perasan gambar Google untuk New Year! Macam Weh!
Dah New Year! Dah 2012!
Ahhhhhhh!!!
Dah nak tua setahun lagi dah aku ni.
Dah nak masuk sesi pagi.
Dah nak PMR.
Okay. Lupakan benda alah tu dulu.
Celebrate la dulu kan?
Tak sah la Wangsa Maju, kalau tak ada benda ni setiap perayaan...

Hari Raya Aidilfitri.
Hari Raya Haji.
Deepavali.
Tahun Baru Cina.
Hari Natal. *Cehhh.. Natal!
New Year.
Cakap je perayaan apa yang Malaysia sambut, Wangsa Maju mesti ada satu benda ni...

Yeah!!!!!!
Boom Boom POW!!!
MERCUN!!!
Wangsa Maju kena ada mercun setiap perayaan.
Eh.. Jap. Uncle polis, jangan datang Wangsa Maju nak rampas mercun kami!

*Terlebih dahulu, dah tentulah gambar cantik atas ni, bukan mercun Wansa Maju.
Bila masa Wangsa Maju ada kolam, sungai dan yang sewaktu dengannya?
Terima kasih, Google. You Are My Everything!

So... semoga kita semua jadi baik, walaupun besar kemungkinan nanti aku yang hantu lebih.
Let's live a new better life!

Yang jahat tu, jadi baik.
Yang bodoh macam saya ni, jom jadi pandai.
Yang pendek, minum CalciYum! banyak-banyak!
Yang kaya, tak payah nak bongkak bongkak.
Yang susah, always work hard.
Yang lonely, tak payah sedih.
Yang heartbreaking, tolong move on ya.
Yang tengah bahagia couple, ingat ingat dunia sikit.
And of course, yang jauh dengan Allah, jom dekatkan.
Yang dah dekat, rapatkan dan ajarlah kami.

PEACE YO! *Ehhh.. Tertiru AC Mizal. Congratz OSBON!

HAPPY NEW YEAR!
SELAMAT TAHUN BARU!
新年快乐!
नया साल मुबारक हो!
!سسعيدةنة جديدة
새해 복 많이 받으세요!
ピーニューイヤー

Again, thank you Google Translate!
Eh, comel en Japanese punya? Ada smiley.



Friday, December 30, 2011

Now I Know The Disadvantage Of Being Too Smart

Betullah... Lumrah hidup. Hukum alam. Hukum karma.
Eh wait. I don't believe in karma lah.
Setiap benda dalam dunia ni advantages and disadvantages.
Dulu... Sejak kecik, I thought being too smart and too genius with 180++ IQ is an awesome thing.
tapi sekarang, nak jadi bijak pun agak was-was...

Hehehe! Why?
Alkisah....
Sebabnya...

1. Dengki. Orang yang terlalu bijak selalu dicemburui. *Betul tak tatabahasa saya?
Nak-nak lagi budak budak pandai yang outspoken and berani en?
Selalu orang jealous. Tak pasal-pasal je...
Macam classmate sorang ni. Kesian dia...
Tapi, yeah... Jealous kot.. Dia pandai.
But jealous in a good way, okay? A healthy competition.
Jangan kutuk dia... Kang free free je pahala terbang.

2. Too big competition.
When you are too smart, you will face a big competition.
STRESS tahu?!
But, actually ni benda baik jugak. Sebab it motivated us to work harder.
Tapi hiburan mengatasi segala-galanya.
TV dan internet buat daku lupa akan persaingan yang kuhadapi.
Puitis!
Ain, you are not A. Samad Said nor Shakespears.
Tak payah berangan.

3.In the end, anda sendiri yang confuse.
Okay. Ni... I just figured it out.
My Angah... Walaupun agak menyakitkan hati, saya mengaku...
Dia gila pandai nak mati la, weh!
Yelahhh.. MRSM la katakan... :p
Every sem dapat Anugerah Dekan...
Pointer 3.5 and above...
Muka terpampang di setiap ceruk MRSM Tun Ghaffar Baba
-Pelajar Cemerlang bla bla bla-
So... why would this be an advantage?
Sebab sekarang... Angah kena buat pilihan yang bijak.
Angah punya trial, result dia... Tak payah nak cakaplah... Gempak habis!
Wa tabik sama lu!
Cehhh.. kurang ajar dengan akak sendiri.
*Bukan nak gebang pasal akak sendiri ehhh...
So, disebabkan trialnya yang 'meletup kebaboom' tu,
dia dapat fast track.
Tahu fast track? Siapa selalu pergi jumpa counsellor or akak, abang dah SPM mesti tahu.
Fast track tu maksudnya, kau pergi Universiti tak pakai result SPM, pakai result trial je.
Get it?
So, Angah dapat ah, fast track pergi America. Study Chemichal Engineering.
Prepare dua tahun kat Malaysia, then fyuuuhhhhhh..... terbanglah dia ke America...
TAPI!
Haaa.. ada tapi... here comes the disadvantages.
Tapi, dia tengah tunggu offer MARA for MSU, which dia apply Medic.
Then, result SPM tak keluar lagi... So, big possiblity lepas result SPM keluar, dia akan dapat offer berlambak lagi.
And.... dia dapat PLKN!
Woohooo!!!!! PLKN! Which is something dia mengharap supaya tak dapat! Hahaha!
Okay. Saya adik yang jahat. :/
So, buat masa ni, dia kena pilih...
America or PLKN.
Sebab kalau dia accept PLKN, dia tolak offer nak pergi America tu.
Kalau dia nak pergi America, nanti balik Malaysia, dia still kena pergi PLKN, unless kalau dia kawin.
Tu belum masuk lagi offer yang still belum keluar resultnya...
And, one more thing....
She is one and only student MRSM TGB perempuan yang dapat offer pergi America for Chemical Engineering.
Lepas tu, ibu nak Angah ambik Medic. And, kalau ibu tahu dia satu-satunya perempuan yang dapat offer tu, sahlah ibu tak bagi.
So, sekarang ni... Angah tengah pening nak pilih apa. Dengan desakan ibu nak suruh ambik Medic segala bagai.
Nampak tak permainannya?
Nampak tak susah jadi pandai?
Hidup kena bersederhana! Haha!

There's also a disadvantage for having akak-akak yang result SPM dia meletup kebaboom...
The whole family is expecting me to do the same.
But indeed, I'm the most stupid among the four of us.
Aarif yang darjah 4 tu, result final exam dia gempak lagi dari result final exam saya masa darjah 4 dulu...
Sedih ahhh...
Tak suka ahhh orang expect for something that I can't.
STRESS! :/
Selama form 1 & form 2, sekali je dapat straight A. Tu pun cukup-cukup makan.
And makin lama, makin teruk result.
Yeahhh... Saya sedar, saya sendiri yang lalai.
But I need support. Janganlah menambahkan lagi tekanan.
Ni nak meluahkan perasaan sikit :'(
Parents should be better than counsellors, they supposed to be closer to us.
But for me.... You know.. it's just the other way around. Okay dah. Taknak emo. Tak best.
Kay dah. Wish me luck. Doakan saya berjaya sepanjang hidup.
Terima kasih.


Thursday, December 29, 2011

To All Teenagers My Age

I just went to my bestfriend's blog.
And.. She has a very soft heart.
Okay. Memang berbeza dengan diriku yang menyampah tengok perempuan nangis.
It's not that, nak hina orang yang menangis.
People have feelings kan?
Tapi, tears? I've been through it...
Haaaa.. Jeng Jeng Jeng
Kay. Taknak cerita pun.
The point is I cried too much. And I motivated myself.
Kenapa nak nangis?
If you can't handle it, enjoy it.
If life gives you lemon, you make lemonade.
And... I survived.
So, sejak tu aku tak suka tengok perempuan nangis. Especially kalau sebab lelaki.
Tolonglah! Tunjuklah yang perempuan ni bukan cengeng, lemah, pathetic dan yang sewaktu dengannya.
Do you think guys would buy those tears you have wasted for days and nights?
No!
You wanna cry? Cry.
But, please jangan bug in your ex's life.
It makes you look pathetic and desperate.
Teenage is the period where guys enjoy their lives.
Lagi pun... Kita ni highschool pun tak lepas lagi, and you have dreaming of marrying him?
T H I N K !
You have a lot of phases to go through before your married-life phase.
Bagitahu, berapa ketul husband&wife yang dah bercinta sejak zaman sekolah?
Be realistic. Please! I'm begging...
Tolonglah jangan ada Cinderella Syndrom.
Couple? Date?
Normal lah kan sekarang...
Expecting to marry that guy one day? Dah plan nama anak?
Berangan je boleh la...
Korang yakin dia boleh sara hidup korang? 'Anak-anak' korang? Dia kerja apa nanti?
Universiti pun belum?!
So how can you sure that he can guarantee your life in the future?
Of course, love is important. But to live without money, there's nothing much you can do.
Korang yang still teenage pun, nak itu ini.
Ni bukan cakap pisau cukur ke apa,
I'm being realistic right now.
Couple? Break? Sedih?
Normal. Tapi, korang kena move on.
Ni bukan 18th century. Bukan zaman Cinderella. Bukan zaman Romeo & Juliet. It's not even a drama.
This is 21st century. Zaman BlackBerry. Zaman iPhone. Zaman HTC.
We need to be realistic.
Sampai bila nak hidup dalam memori?
Hidup macam tu, boleh jamin hidup ke?
So, think.
Heartbreaking, satu benda normal.
And moving on is normal too.
Tak susah pun.
Remember, we are strong.

"Move On. It's just a chapter IN THE PAST. But don't close the book. JUST TURN THE PAGE"




Wednesday, December 28, 2011

Something Is Missing...

If you've went to this blog a month ago, and mempunyai ingatan yang kuat.
You would know that something is missing on this blog.
Okay. Saya delete entri saya... :(
Shorrryyyy.... Internet sangat slow. I can't keep my promises.
Kalau tak, blog ni memang terbiar je laaahhhh.....
Tak boleh nak upload gambar...
What is a blog without pictures?
Okay, don't leave this page!
Okay. Biarkan janji bodoh tu berlalu...
Because, 2012 nak tumpang lalu. 2012?
Gaaaaahhhhhh!!!! Nak form 3 dah... -.-"
This past few weeks, saya pergi tuition!
And... I don't like it. Because I don't like waking up in the mornin'.
Tak suka.
Apa maksud 'Cuti Sekolah' kalau tak ada Vacation?
Apa maksud 'Cuti Sekolah' kalau anda belajar benda kat sekolah?
No funnnnnn.....
Okay. It's 3.00 a.m. now. Gotta go.
Sayang anda. And, I'm sorry...

Thursday, November 3, 2011

SVian Explorace :)


Geeezzzzzz.... Okay. I know, I know.... The pic looked bored, no colour bla bla bla.... It was a photocopy okay, a black and white photocopy.
Flyers original yang berwarna-warni yang anda cari
di SMK Seksyen 5 Wangsa Maju, terlekat pada tiang sebelah mini white-board kat tingkap UBK. Okay?
Well, anyway.... About this explorace. Sengaja mahu diuar-uarkan. xP
Sebab it's an anjuran PRS & PROSTAR.
I did said about this PRS and PROSTAR thing about a year ago.
So... malas nak cerita panjang.
Besides that, flyers ni, ehemm ehemmm Nur Ain Sufi bt. Baharozaman a.k.a Cupik yang buat.
Well, it don't really look that good, kan?
Sebab LAST MINUTE dah!
Tiba-tiba je, "Weyh, tolong buat iklan explorace"
Haaaaaaaa.... Kalau dah macam tu, what do you expect?
So, I just used Cikgu Ahmad punya laptop which has no photoshop, photoscape nor picasa.
So, what can I do? I just used the Window Publisher. Kira baguslah tu.
Kalau ada, photoshop ke, photoscape, paling tak pun picasa, sure flyers gempak macam header blog ni kan?
Jap, header blog ni gempak kan? Cakap gempak cepat! Cakap! >:/
Okay. Stop. Meraban.
Back to the story, tarikh kejadian... Jeng jeng jeng jeng!!!!
10.11.2011.
Yes.
Khamis minggu depan. The next day after jamuan kelas.
Ooooooooooooooosssseeemmmmm.....
PRS & PROSTAR menjanjikan pengalaman explorace yang baru dan pastinya denda yang baru. Penyertaan terbuka kepada semua SVian sesi petang. Penyertaan anda amat dialu-alukan.
(Ada macam bunyi Jalalludin Hassan promote beras tak?)

So, limit is 10 groups. We have 8 groups. So, we need two more.
6 persons per group.
More information, sila kunjungi
Tiang Sebelah Mini-whiteboard Tingkap UBK, SMK Seksyen 5 Wangsa Maju.

Kbye. I'm hungry. Nak makan.

P/S : Sorry lama tak update.
Because nothing interesting happened.
I don't wanna post trash.
Sebab tak ada orang nak baca trash.
Though semua post blog ni memang trash.
Salam :)

Friday, October 28, 2011

Parodies :)

Amaran:
Entri ini tidak sesuai bagi ibu-ibu mengandung, penghidap strok, warga tua dan anti-kpop
* But if you want entertainment... Cubalah tengok. Because I can't stop laughing. Macam nak terkoyak mulut weyh...

Last night, I watched drama parodies sampai pukul 5 pagi macam tu. Mula-mula nak tengok Secret BigBang je. Tapi, lepas tu.... Bila mata dah gatal tengok right bar kat YouTube, tangan ni pun ikut gatal sekali lah nak click sana sini macam-macam jenis parodies lagi.
I can say that the best parodies actors are BigBang. I'll show you some.
These are recommended parodies by me:

1. Secret BigBang (parody Secret Garden by BigBang)



part 2: http://www.youtube.com/watch?v=6iNpoVNj3PU&feature=related

2. BigBang Cofee Prince Parody


part 2: http://www.youtube.com/watch?v=WcYwMQKOUnc&feature=related

3. BigBang Virus (Beethoveen's virus)




4. BigBang & Wondergirls Drama




5. BigBang & SNSD music drama (Love Love Bakery parody)




6. 2PM & SNSD Gayo Daejun special




7. BigBang Shine A Light Skit



part 2: http://www.youtube.com/watch?v=9TGuFOdkYxU&feature=related

8. 2PM Cinderella sister parody




9. 2PM You're Beautiful parody (Gayo Daejun special)



For video 1, 2, 3, 5, 8 and 9 it's easier kalau korang tengok drama yang betul. Baru faham.
The rest, tak ada kena mengena dengan drama.
And, kissing part tidak benar sama sekali. Diedit atau mainan mata.
Kepada yang telah diberi amaran. I warned you. Nasiblah kalau anda terasa annoyed lalu termuntah-muntah ke, air mata darah ke, pengsan sebulan ke... Bukan salah saya.
Kalau saya terjumpa more parodies, I'll post it.

Tuesday, October 25, 2011

Happy Deepavali

Well, Malaysia is a multiraces country.
And it's 0100 now. It means, it's already Deepavali an hour ago.
Esok, ramai-ramai panjat Batu Cave.
Terus hilang lemak durjana. Okay?
Anyway, I was (and is) on twitter. So, mula-mula diorang tweet
"Happy Deepavali", "Happy Deepavali to all Indians", "Happy Deepavali to Hindhus" etc.
But then, once bunyi fireworks, tahu diorang tweet apa?
"Org india mcm tak pernah raya ke nak main mercun"
"Ewahh jiran india aku nii. Sesuka suki dia je baling mercun kat rumah aku. Aku baling bom nak? Rumah kau takde tempat nak baling ke?"
"Bising betol la india main2 mercun..-__-"
"haish.. x reti nk tidur ke org india nie.. org pun raya jgk x mcm ko.. maen mercun x ingt dunia.."

Like hello, don't be racist boleh tak? Melayu main mercun, meriam segala jenis bahan api, Indians ke Chineese ke, tak ada kecoh macam kita Melayu ni.
Diorang pun nak raya jugak. Doesn't mean Malaysia ni, majority Melayu, korang boleh racist.
Tapi, bukan semua Melayu racist macam mereka-mereka di atas ni...
Gebang je India main tak ingat dunia, dulu kita raya, tengahari buta pun bakar mercun.
: komplen india main mercun,kang dia komplen speaker masjid kau sentap. sehari je deepavali nye.
: Bukan ke almost all perayaan orang pasang fireworks? :/ kenapa time deepavali nak tengking? You people are very sad....
:Dulu time raya kita main mercun jugak tapi indians takde lah nak bengang. NI dorang main mercun pulak korang yang bengang. WATCILL
Atau mungkin yang ini:
:Let's just respect the Indians. Masa kita raya pun, main mercun jugak
*Maaf. Saya memang perasan. Btw, follow lah saya.
*Perasan lagi. Sorry.
Actually, banyak lagi Malay yang tak racist. Tapi, hujung tweet tu mesti nak mencarut.
Tipulah kalau saya tak mencarut. Saya pun mencarut. Not that I'm hypocrite.
Tapi, kita tahu kan benda tu salah. I myself am trying to fix it.
But, anyway. The whole point is, PLEASE don't be racist. We are 1 Malaysia. Kenapa perlu marah?
Assalamualaikum.



Sunday, October 23, 2011

It's midnight.

Okay. It's midnight. So, macam tak biasa je midnight. -.-
Actually, I was just bored and got nothing to do.
So today goes like usual, except hari ni ada hi-tea which is I think there's nothing special about it. Sebab I lost my goodies. Bantal Barney & Friend dengan pin Angry Bird tahu tak? I just lost two cutest things in this planet. Heish!
And one more, camera pun tak bawak.
You know how much obsess I am when it comes about camera and photography, right?
Sebab camera dah dirembat oleh Angah ke MRSM sebab dia ada annual dinner.
So, macam... Tak apalah.. Dia pun last form 5. Next year no more high school. So, bagi je la kan.
Then, balik je... Masuk bilik... Mak Aiiiiii! Bilik bujang tak mandi sebulan pun lagi elok.
I'm not that clean freak, tapi bila tengok my room was not as usual, I was like.... "Kyaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!! Which monster did this horrible mess in my room?!"
Rupa-rupanya, that monster I called was my dad. Teehee ><
Tak tahulah dia nak buat apa dengan bilik tu, sampai tunggang terbalik perabot dalam tu.
Lepas tu, ada satu penyangkut baju baru. And it was too big for my small room.
Rasa macam menyemak gila.
And because of that freaking big penyangkut baju, my otak went SDGVTFGHMJJINOIHUGFDSY.
Rimas tahu?!
Dahlah benda tu senget tau. Pasang tak betul. Lagi la geram en? So, apa lagi?
Dengan belum mandinya, Maghrib pun dah masuk... I tried to fix that thing.
Then, Ayah masuk, I went to bathroom. Lepas tu, masuk bilik.....
Oh yeahhhhhh, it was as usual. OhSem!
Maybe Ayah baru perasan kot, betapa menyibuknya penyangkut baju baru tu.

Saturday, October 22, 2011

New Header! :D

As you can see... I just changed my header. Tak adalah just changed. Tengah hari tadi baru tukar. Actually last night. Duhhh, cakap buat orang pening. Begini ya rakan-rakan.... Mula-mula jom main 'Spot The Difference'


1. Gambar yang atas lebih panjang dari yang bawah. And, yang bawah nampak pendek and lebar.
So, kenapa saya buat dua benda alah yang rupanya lebih kurang?
Mula-mula gambar yang atas, setelah berjam-jam diedit malam tadi, lalu di upload lah ke dalam blog via header. But then, the picture was to small for the header. It was like half of the blog. Jadi, terpaksa buat lagi satu. Yang lebih panjang and fit for my blog. So, I did it today.

2. Kertas (background) and gambar 2NE1 lain.
Sebab saya tak tahu mana gambar kertas and 2NE1 tu dalam laptop. So, I need to searh for a new one. And, instead of downloading the same picture, I downloaded different crumpled paper, and different pic of 2NE1.

3. Gambar yang atas nampak besar dari yang bawah.
Sebab gambar yang atas tinggi tapi tak lebar. Gambar yang bawah pulak pendek tapi lebar.

4. There's "Welcome! :) Do follow me ^^" kat gambar yang bawah.
That was just an idea which pop out of my head.
That's all. I hope you like it.

credits to:
http://www.corebloggers.com/blog/paper-textures.html
http://www.allkpop.com/tag/go-away
http://seoulbeats.com/2010/09/a-rebuttal-2ne1-aint-all-that/http://twistedstars.wordpress.com/2011/01/21/yg-entertainment-announces-registration-for-blackjack-2-fan-club/
http://www.hardwarecanucks.com/forum/hardware-canucks-reviews/14241-beats-dr-dre-headphones-review.html
http://ygnatics.wordpress.com/2011/10/18/
http://weheartit.com/entry/11221162
http://media.photobucket.com/image/2ne1%20logo/2ne1cp/2ne1.gif?o=2
*I can't find the first crumpled paper and the twitter image again.


Happy Birthday, my friend




Nurin Izzati bt. Abdul Khalid.14 now. October 22nd is the day which she will grow one year older. She shares the same zodiac with me. Libra. Oh yeah!
She has a totally fair skin. She's 2Azam. She's bubbly. She's funny. She's cute. She's hot. She's crazy. She's my friend. :D



Ok.. Yang spongbob ni cam merepek sikit. Yang bawah ni, yang chipmunk ni.. best. Tengok tau nurin!



However, she's sick... :'( Waktu last day periksa pun, tak fokus nak jawab. If, I were in her shoes, that will be the most suck birthday ever. Anyway, this post is to cheer you up, Nurin! :D
Happy Happy Happy Birthday!


Friday, October 21, 2011

Finally!!!! 2011 Freedom has come! :)

Oh Yeah!!!! Wiggle wiggle wiggle wiggle wiggle yeah!
From the bottom of my heart, I sincerely wanna say that I'm ultimately totally happy for this Freedom!
Well, macam biasalah every year mesti ada final exam, which made each and every student in this whole wide world stress.
Even, yang lepak wat lek wat peace pun, mesti ada study sikit-sikit en?
For the last two weeks, I've been studying like a person who don't know the meaning of 'Sleepy'. Bila exam dah habis en, I thought of this 'What kind of human are you to sleep on 6 a.m?!'
Bak kata ibu, "Burung hantu" Bak kata Uncle "Manusia dua alam"
I'm sincerely sorry. It's just me.
Saya tak study siang, probably sebab panas. And that made me feel tired, sleepy and moody. And, siang, BANYAK CERITA BEST. So, ada halangan di situ.
Malam. Senyap, tenang tak ada cerita best.... So, kat situ boleh study.
For the last two weeks, I had a cup of nescafe' every single night.
If it's not for study, I don't drink nescafe'. It's caffein. Dangerous. Not really healthy.
Well, anyway, I just wanna say that I'm totally greatful that this year final exam has come to its end. And to celebrate it, I'm absent today. :D Teehee.... Suppose keluar dengan Mai and Jam, tapi Ibu tak bagi. So, what can I do? I was just chilling infront of the TV all day long.
Anyway, let's pray that I'll get 8A's for my exam. Aminnnn....

Wednesday, September 14, 2011

Bila saya....

Bila saya bengang, bila saya frust, bila saya marah, bila saya hilang sabar, saya...

tidur....
Kenapa? Sebab bila tidur semua anggota badan berehat. Tak perlu stress, tak perlu risau, tak perlu mengamuk. Best gila...
Tapi, kadang-kadang saya frust sangat sampai tak boleh tidur saya pergi...

Saya ambil wudhu. Tenang pun tenang. Segar pun segar.

Tapi, tak kira jauh mana kita lari dari masalah. Masalah akan tetap jumpa kita balik, sampai kita selesaikan masalah tu.

Tiba-tiba touching. Tak ada motif. Ok, bye.
Stay cool.
Be a Wow!
Jumpe kat school.
Kalau sempat, belanja pau.

Ikhlas dari bontot hati,
Ain Cupik Baharozaman


Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya!

Weeee!!!!!!!!!! Dah Raya!
Puasa telah dilengkapkan, takbir telah dilaungkan, meriam telah dilepaskan, salam telah dihulurkan, syaitan sudah dilepaskan, post raya baru nak buat!
Sorry, lambat. Ni post selamat berpuase tak ada, tiba-tiba nak post raya. Sungguh kureng sopan, anda!
Sorry, dah pukul 2 pagi. Jari terasa malas untuk post panjang lebar. Mata pun dah ngantuk untuk menghadap skrin komputer. Jadi saya ringkaskan ye!



Ye, raya kami berakhir dengan mercun KLCC. Sekian....
Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Dan Batin!

Tuesday, August 16, 2011

70 Truth about me.

Entri ini dilahirkan pada pukul 3:16 pagi. And I'm so sleepy, but don't wanna sleep. Aiming to sit infront of this old lappie sampai sahur. -__-+

NAME: Nur Ain Sufi Baharozaman
AGE: 13 to 14
BIRTH DATE: 24th September 1997

WHAT WAS YOUR
1. Last Beverage : HL Milk. :P
2. Last Phone Call : My Dad *Ni pun ingat sebab bukak call log kat phone
3. Last Text Message : Syafiqah Azelan
4. Last Song you listened to : I Need A Girl By Taeyang *Ni tengok vid sebab nak tengok Dara je.
5. Last Time you cried : Dalam tandas tadi waktu tengak ek ek. I don't know why. I burst into tears whan I'm ek ek.. :P

HAVE YOU EVER
6. Been Cheated on : Once
7. Kissed someone & regretted it : Totally no and no
8. Been Depressed : Pernah la. Ada ke yang tak pernah?

LIST FIVE FAVORITE COLORS
9. Blue
10. White
11. Black
12. Red

13. Orange

HAVE YOU
14. Made a New Friend : Yup. *I'm a friendly person, dehhh!
16. Fallen out of love : This is the 20 something crush, you know... -__-
17. Met Someone who Changed you : No
19. Found out who your true friends were : Still confuse about this one
20. Found out someone was talking about you : Manusia-manusia sebegini akhirnya tunduk dan mengaku kesalahan sendiri kot. Mwahahaha!
21. Kissed anyone on your FB friend's list : Memang harapanlah


GENERAL
22. Do you have any pets : Fishes and tortoise. First fish was flowerhorn. Dah tua, dah lepaskan dalam tasik. Tak tahulah hidup lagi ke tak. And other fishes and tortoise- dead.
23. Do you want to change your name : My Dad gave me this name. Buat apa nak tukar?
24. What did you do for your last birthday : Kat kampung. Kenduri arwah. My grandpa passed away on my birthday. :(

25. What time did you wake up today? : 10 a.m
26. What were you doing at midnight last night : Watched Sony With A Chance in the dark.
27. Name something you CANNOT wait for : Leaving... this... house
28. Last time you saw your Mother : sebelum terawih?
29. What is one thing you wish you could change about your life : I need money. ><
30. What are you listening to right now : Miss A-Bad Girl Good Girl

31. Nickname : Ain, Cupik, Sufi* - * Don't call me Sufi, please. For some reasons.
32. Relationship Status : Single, and wish to be single till I have money of my own!
33. Zodiac sign : Libra. 24th September.-Sama dengan Block B Taeil ni. Sehari selepas birthday SHINee Key kot.
34. He or She : She
35. High School : SMK Seksyen 5 , Wangsa Maju .
36. Hair colour : Some kind of black campur brunette sikit kott. Belang-belang. Ada yang hitam ada yang brunette. I didn't dye my hair. Ok?
37. Long or short hair : Kene ke bagi tau?
38. Height : 152.5 cm. I know. Pendek kan? Diam!
39. Do you have a crush on someone? : I said it. The current one is... tak ingat. Banyak sangat.
40. What do you like about yourself? : People will laugh on my joke. ;)
41. Piercings : Ears. Was.
42. Tattoos : Gila ke? Haram la!
43. Right or lefty : Right

FIRSTS
44. First piercing : Tak ingat. Tapi masa tu, tembak sebelah! Hambik kau aku nangis. Last-last balik rumah sebelah je yang tindik. *Gay. Lagi sebelah tindik days after that lepas kena ugut dengan Angah.
45. First sport you joined : Bola Baling.


RIGHT NOW
46. Eating : I just ate 4 packs of chocolate macademia cookies!
47. Drinking : The empty glass is beside me right now.
48. I'm about to : Offline. Solat. Sleep.
49. Waiting for : Sweet dream

YOUR FUTURE
50. Want kids? : Depends to my job.
51. Get Married? : InsyaAllah. Kalau ada jodoh... -__- * I hate to talk about this thing. Come on. We're teenagers. Have fun.
52. career ? : I got no vision about this one. Still wondering.

WHICH IS BETTER IN A GUY
53. Lips or eyes : Eyes of course
54. Hugs or kisses : Flying kiss je boleh.
55. Shorter or taller : Taller
56. Older or Younger : Same age
57. Romantic or spontaneous : Spontaneous and humerous.
58. Hook-up or relationship : Friend je. :P


HAVE YOU EVER
59. Kissed a stranger : Physcho ke? Taklah!
60. Broke someone's heart : Tak. KOT
61. Been arrested : Nope
62. Turned someone down : Heh. Always. :/

63. Fallen for a friend : Once.
64. Found yourself talking in your sleep : Nope. But family always told me that I did talk in sleep.

DO YOU BELIEVE IN
65. Miracles : Yes. Math dari B dapat A. Dah la Cikgu Hasnah. Miracle tu.
66. Love at first sight : Yes. Forever YES for this one.
67. Heaven : Yes .
68. Santa Claus : No . Wujud ke? Tak kan?
69. Kiss on the first date : Tak. Nanti kena sebat. Dah la dosa. :P
70. karma :
No?

Saturday, July 2, 2011

Siapa kata budak HOOHA HOOHA, tak boleh strike 4 flat or 1.00?

Siapa kata orang HooHaa HooHaa yang suka buat bising tak boleh score exam? Ingat orang macam kat bawah ni je ke boleh score? Kita pun bolehlah!!!


So, kalau bawak buku tebal-tebal, study 24 jam je yang boleh jamin kita score exam? Dear fellows, tak perlu lah nak jadi nerd. You can be the HooHaa HooHaa and score exam at the same time. Believe me. Tak percaya? I'll give you proof.
1. Batch darjah 6 '09 SKWJ, semuanya HooHaa HooHaa, ada sorang je yang tak HooHaa, tu pun yang HooHaa HooHaa score lebih tinggi dari yang nerd. Batch kitorang HooHaa HooHaa pun still UPSR TERBAIK okay! Okay, maybe korang kate tu UPSR, senang la...

2. My own sister, Angah tu HooHaa HooHaa bukan main lagi! Tapi, MRSM TGB. One of the best MRSM. Top student. Dapat gelaran Young Chemist. Anugerah Pengetua every year dia dapat.

3. Sila layari maribergebang.blogspot.com . Dia tu pandai gila-gila la! Study kat Ireland. Sekarang dah habis study. Dah nak jadi doctor dah. Kalau tengok blog dia, dia memang HooHaa tahap tak HENGATTT! Even ada exam pun, dia still HooHaa, pergi lepak dengan kawan-kawan, shopping, jalan-jalan. Relax je. Lulus je exam. So, siapa kata nak score kena belajar macam orang gila? Kita study smart, bukan study hard. Boleh je HooHaa HooHaa, tapi resepi belajar tu kena betul. Nak tau apa resipi dia?

Sebelum bagi tahu resipi dia, discover dulu masalah kenapa kita tak boleh score.
1. Bukan setakat HooHaa HooHaa, ni dah tahap budak jahat bermasalah, sampai cikgu pun menyampah nak tengok muka.

2. Facebook, Twitter, Formspring, Blog, Youtube.

3. TV. Satu halangan yang sangat menggoda... -__-"

4. Mind set. Kita rasa study ni bosan.

5. Tak fokus dalam kelas. So, kalau nak buat revision pun, tak tahu apa yang patut kita revise.

6. Busy. Maybe anda seorang yang sangatlah berjawatan tinggi kat sekolah or active dalam koko, sampai dah tak ingat kat kelas. Homework pun macam buang dalam tong sampah je.

Okay, tak tahulah kalau ada sebab lain, tapi ini yang dapat difikirkan sekarang so, tulis je la. Hehehe. :D

Jadi resepi dia adalah... Haaa.. Ni kalau korang nak tahu, resepi ni, baru je diamalkan beberapa bulan lepas. Masa nak mid-year exam. Bila result mid-year exam keluar, semua tak percaya, budak HooHaa HooHaa sekolah, budak tak betul, gila, bengong, main-main, pemalas, boleh score exam.
(Ecehhh. Kembang pulak rambut ni, hidung dah tak mampu nak kembang. Hehhe)

First sekali, sebulan sebelum exam. Sila hentikan segala hobi yang tak berfaedah seperti online. Memang harapanlah nak score kalau online lebih dari study. Ingat! SEBULAN! Sebulan jangan online. Sekali pun, faham! Walau segian mana pun anda terhadap hobi-hobi yang boleh mengganggu fokus anda.

Second, bila study, jangan hafal semata-mata. Rajin-rajinlah buat nota. Every chapter buat nota. That's why kena start sebulan awal. Kalau last minute nak buat nota, tak ke mana sayangku. Buat nota ni menyenangkan hidup. Kalau nak buat revision 5 minute sebelum exam start, boleh tengok-tengok.

Third, focus! Keep your head in the game. The game right now is study.
Kalau study Math, Math hari-hari kena buat latihan, kalau tak lupa macam nak buat. Seriously, sebab masa mid-year hari tu, Math tu study sekali je, then DAH!
Bila nak jawab exam, memang lupa gilalah!

Fourth, jika anda Islam, jangan lupa solat. Solat ni janganlah kau buat waktu nak exam je. Lupa daratan betul. Solat, hari-harilah buat. Tak kiralah ada exam ke tak.

Fifth, jangan buat dajal kat orang. Nanti dia doakan benda tak baik kang susah. Sila berbaik dengan semua orang.

Sixth, kalau anda sekolah sesi pagi, bila petang jangan nak melentok pulak, sila study. Kalau anda belajar sesi petang, bangun pada pukul 6.30 pagi paling lewat. Lepas solat Subuh, buat Math. Buat Math sangat membantu untuk menghilangkan ngantuk. Buatlah dalam sejam. Lepas tu, bolehlah study subject lain.
*Kalau ngantuk minum Nescafe'.
(Haluuuuuuuuussssssss!!!!!)
Tapi, jangan minum selalu. Bahaya. Coffee ada kafein. So, tak baik sangat kalau minum selalu.
Okay tu je, resipinya. Selamat mencuba.




Remember, Studying is not Boring. It's all in your mind. Mind set kena betul. Kalau asyik fikir macam ni, macam mana nak score?
Tak kan sampai tua nak jadi Loser?


Memanglah selalunya student terbaik Malaysia mesti yang muka baik-baik, tapi apa salahnya kalau kita tunjuk yang orang HooHaa pun boleh jugak pecah record ni kan?
Bukanlah nak suruh korang jadi mulut murai, or bising 24 jam. Just, nak bagitahu pada yang memang dah HooHaa sejak dulu.

Friday, July 1, 2011

Sickness Terlampau Part 3

Rabu, Khamis, Jumaat
Ambik kaum straight tiga hari!
Hari Rabu- My classmate, Marcus tanya,
"Hey, why you didn't come yesterday?"
Lepas tu, Jam pulak menyibuk, "She's pregnant!"
Marcus: "Wowww!!!! Ain Sufi is pregnant! CLASS, AIN SUFI IS PREGNANT!"
Class: "Woooooohhhhh!!!!!"
Me: It was FOOD POISONING!
Marcus: Who's the father? Syamim?
Syamim-Classmate yang tersangatlah pendiam at the same time sangat pandai! Botak+rendah+agak gempal=comel
Me: FOOD POISONING!!!
Khamis- Jam tak datang.
Marcus: Where's your boyfriend? (Jam-a girl)
Me:Absent
Marcus: Pregnant too?
Jumaat-Suddenly bapa kepada anak yang tidak wujud telah bertukar.
Marcus: congratulation for your baby!
Me: What baby?
Marcus: Your baby la! That day you never came (Slang Pua Chu Kang)
Sim: Never mind, your baby got no father, I'll be the father.

*Pulak dahhhhhhhhhh...........
FYI, Sim Wei Qiong ialah lelaki yang sepatutnya digosipkan dengan Nurul Maisarah bt. Mohd Taha.
So, conclusion nya,
Mai, Jam and Me difitnah mengandung tak pasal sebab...
Mai-Sim is his boyfriend
Jam- because absent
Me-because absent

Malam tu, tak pasal-pasal kena bahan kat FB. Sungguh tak bagus.

Moral of the story: makan elok-elok jangan sampai muntah




Sickness Terlampau Part 2

Dah macam drama bersiri. Drama pasal orang sakit.
Okay.
Scene part 2, take 1.
(Tuesday)
Roll...
ACTION!
Next morning, ibu suruh bangun, mandi nak pergi klinik. Aarif pun muntah jugak.
Anak kuda panjat pokok kelapa, kami makan apa?
Bila dah sampai klinik, boleh pulak doctor tu tak sampai lagi.
Tahulah klinik tu sendiri punya, tapi tak kanlah pukul 10.30 pun tak reti-reti nak datang?
Hadoiyh!
Masa tunggu doctor tu, sempat lagi tidur. Memang tak larat sangat la kan.
Bila doctor dah sampai, check apa semua. Lepas tu, balik!
Nak tahu apa aktiviti kat rumah?
Makan ubat, makan bubur, tidur.
Makan ubat, makan bubur, tidur.
Makan ubat, makan bubur, tidur.
Tapi adalah jugak tak tidur.
Time tengok Boys Over Flower kat KBS World.
Yang itu larat pulak nak tengok.

Tapi, memang badan rasa panas time tu.
Boleh goreng telur atas badan!
Malam tu, lepas makan, tidur atas sofa sampai pagi.
Tak hengatt langsung nak bangun tidur kat bilik.

Sambung part 3

Sickness terlampau part 1

Monday-27.6.11.-around midnight or 1, 2 a.m. macam tu. (tak tengok jam waktu tu)
Kejadian: I threw up.
Kenapa? Sebab saya tersangatlah sakit perut. Mula-mula macam biasa je,
malam tu memang sakit perut gila tahap dewa langit ke 3,
ingatkan sakit perut nak 'erkk-erkk'. So, buat bodoh je la kannn.... Online, chat, video.
Then, nak tengok video. Tapi, lambat loading. So, I took some power nap.
Zzzzzzzzzz.... -__-
Bila bangun, vid dah siap load. So, duduk depan laptop, tekan play button.
Vid tak sampai 10 saat tengah play. Tiba-tiba rasa mual pulak.
Then, lari cepat-cepat.
Malangnya nasib, tak sempat nak masuk toilet. Dekat pintu toilet dia terkeluar.
*DISGUSTING
Sumpah masa tu, rasa macam tulang rusuk ni nak terpatah-patah sebab pressure dia nak keluar teramatlah tinggi.
Sampai sakit badan.

Dah makan ubat chi-kat-te-aun (macam ni ke nak eja nama ubat cina tu?)
Lepas tu, tidur.
Okay, sambung part 2

Sunday, June 26, 2011

I'm back!

To be honest, I certainly am don't have a topic to talk about.
Let's talk about ENVIRONMENT!
Lame gila!
*cancel topic
Well, lets just talk about what I've been doing these days sampai dah terlupa ada anak dekat laptop yang lapar mintak mak dia post something.
So, the last post was about Shin Chan.
Okay, my sis has gone to UM.
So, the room is mine. Not really mine, though.
She'll come home every Friday.
(It's Friday, Friday, Gotta Get Down On Friday-Seriously, my sister reminds me of this lame song)
So, setiap hari Jumaat and Sabtu still share bilik. Hari Ahad dia pergi UM balik.
Well, recently ada Hari Sukan. Tapi, sedihlah.... Sebab buat kat sekolah je. Sebelum ni buat kat stadium. :'( Dahlah rumah biru kalah. Sungguh sadis.
Okay tu je.
Sorry, no pics. Actually, camera tu Ain bawak je pergi mana-mana, ada je snap sana-sini. Tapi, mengenangkan broadband yang tak berapa laju ni, cancel je la niat nk upload gambar.

Tuesday, May 24, 2011

Tips Bagi Anda Yang Terlalu Bosan

Agak-agak kalau korang memang bosan tahap gaban tak tahu apa nak buat. Well, here's a tips for you! Watch this video and try to do it.



It may look cute on Shin Chan. Biasalah Shin Chan kott, mana tau malu. Cuba korang buat comel ke tak comel??? ^_^
Kalau nak hilangkan rasa malu pun boleh buat tarian ni. Buat depan ramai orang. Memang masa tu tahap muka seposen korang setaraf dengan Shin Chan!


Ilham nak letak vid ni kat blog datang dari Nur Fatin bt. Baharozaman.(Along) Masa tu nak study sejarah. Exam fever la konon... Tiba-tiba dia cakap

Along: Bayangkan, kalau Along bosan sangat. Then, rasa macam nak menari macam Shin Chan.

Me: Buat aje lah.

Along: Haha! Macam mana Shin Chan menari?

So, Ain menari je lah macam Shin Chan... Bayangkan Ain buat Shin Chan dance. (Since when guna Ain?)

Then, sejak tu bila bosan je buat Shin Chan dance. Tapi, Along tak boleh buat. Sebab bila dia nak buat je, gelak. Nak buat je gelak. Dah kena penyakit SHIN CHAN-AHOLIC kot.

Anyway sis, kalau bosan masa kat PASUM nanti do the SHIN CHAN DANCE

Sunday, April 3, 2011

I Want To Meet Them! :)

Okay, fine! Cakaplah apa korang nak cakap...


Terlebih jambu ke,


mata sepet ke,


plastic surgery ke,


I will say


"I DON'T CARE E E E E E, OH I DON'T CARE E E E E E GUMANHALE!"


(credit to 2NE1-I Don't Care)


The main point is, I hope i can meet them. Lagi best kalau dapat no.phone diorang kan? Bhahahaha! Berangan lebih! Dapat jumpa pun okaylah...




1. Choi Minho. SHINee rapper. Flaming Charasmatic


Best SHINee songs: Ring Ding Dong, Lucifer, Replay. 2. G-Dragon a.k.a GD. BigBang rapper. (I don't know why I like rappers) Search for these songs, please: Heartbreaker and Breathe) Jang Geun Suk. Actor. (Please watch You're Beautiful, Marry Me Mary, Baby and Me) Also a singer. Toucholic is one of his songs. Lastly... Lee Hong Gi. FT Island Vocalist. (Please listen to Love Love Love) Ada lagi yang saya minat sebenarnya... E.g Taemin, Key, YongHwa, Lee Min Ho and Kim Hyun Jung. :D Oh, kalau korang pun minat diorang, sep sikit.. *pap!