Friday, December 31, 2010

The Year End Baby

Kan ada entri pasal My Pitiful Cousin, yang Aiman tu kan??? Well, this post pun pasal dia jugak. Aiman, asal kau sibuk masuk dalam blog aku??? Eh, padahal tuan punya blog yang nak tulis pasal dia... Tak sedar diri.... Ish ish ish...
Begini kisahnya....
Pada 31.12.2010.. iaitu pada hari terakhir 2010, telah lahir seorang bayi lelaki...
Ayahnya, (Ayah Li) telah pergi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa untuk mencari rezeki. Ibunya yang sedang mengandung (Mak Nurul) berada di rumah bersama 4 orang anaknya yang lain..(Aiman, Rina, Adam, Tica) Lepas tu, Mak Nurul pergi kat satu bilik, nak ambik barang-barang bayi.( Eh, hilang dah ayat karangan darjah enam) Masa tu, Mak Nurul sakit perut.( I mean, kat rahim lah...) Then, kat bilik tu jugak anak dia terberanak. Aiman tukang menyambut bayi tu.. Meaning, dialah pakar bidan waktu tu. Adik-adik dia yang lain, jadi nurse blurr tak tahu nak buat apa. Sahlah nurse tak terpelajar...
Mak Nurul cakap: ''Aiman, call Ayah! Jangan cakap baby dah keluar"
Aiman: *Call Ayah Li... "Ayah, ibu nak bersalin"
Then, bila Ayah Li dah sampai kat gate rumah, Aiman keluar..
Aiman: "Ayah! BABY DAH KELUAR!!!"
Ayah Li terus terlepas segala barang yang dia pegang.. Bersepah kat depan rumah. Showing that's he was too panic. Tak macam Angah yang sempat lagi letak pinggan kaca elok-elok atas lantai masa dia kena sengat tebuan.
Bila Ayah Li masuk, Ayah Li nampak, her wife with a very pale face and his new son with blood. So, call ambulance...
*Ninoninono!!!! Ambulance dah sampai. Pergi hospital.
The baby's weight is 3kg. However, baby tu kekurangan gula. Sebab, masa Mak Nurul tengah pregnant, dia ada kencing manis, so kurangkan pengambilan gula... Bak kata iklan kat TV tu, kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman! Mak Nurul pun, kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman, and dapat baby kurang gula.
Anyway, dah banyak experience yang Aiman dapat. Kena sengat tebuan, tercekik tulang sampai pergi hospital, then tengok orang beranak. Kita yang 13 ni pun tak dapat experience macam tu. Eh, tak naklah experience kena sengat tebuan and masuk hospital sebab tercekik tulang. Nak experience tengok orang beranak.
Adik dia lahir last day of 2010 ouh... Meaning, every year kenalah dia melanguk tunggu birthday dia bila orang lain dah sambut birthday, Tapi, tak apa, each time birthday dia, orang main mercun. Semua celebrate birthday dia sebab nak celebrate new year. Dia kira okay lagi, dari orang lahir 30 Februari lagi pathetic. Sambut birthday 4 tahun sekali. Dahlah tak ada mercun. Macam kalau dia sambut birthday dia yang ke-8, dia baru sambut birthday dua kali. Macam dia tu, 2 tahun.. Kesian kan, kalau orang macam tu???Bersyukurlah kau Ain kau lahir bulan September.. Alhamdulillah.. :D

Thursday, December 30, 2010

Cukae!!!!

Cukae! Malaysia menang weyh!
Dah berapa hari Malaysia menang, baru nak update. Dasar lembab!
Anyway, tak jadi nak puji Indon, sebab diorang kat sana, perangai macam !"£$%^&*()....
I mean, agak-agaklah, Harimau Malaya tengah training weyh! Diorang boleh pulak buat rusuhan sampai Malaysia training kat hotel je.. And, and! Newspaper diorang, ayat mengundang oh! Sabar je lah kan...
Tapi, saya ingin memuji keeper Malaysia! Khairul Fahmi yang memang cekap melindungi gawang! (Ayat, kalah pengulas!) Hohoho! That night, ramai gila like page Khairul Fahmi.. Caya la!
Eh, esok 2011 la! Dah nak sekolah.... Rindu sekolah... Tapi, rasa malas pun ada. Malas atau rajin, sedarlah Ain, kau memang kena pergi sekolah. Terimalah hakikat.

Sunday, December 26, 2010

Malaysia vs. Indonesia.

Eventhough, tak minat sangat bola Malaysia, saya tetap sokong Malaysia. Mestilah kena sokong, tanah air! Tanda semangat patriotik dan semangat kesukanan! Alhamdulillah, MALAYSIA MENANG!!!! 3-0... Each goal from Malaysia got a very loud scream from my family members. Diorang jerit macam nampak Choi Si Won ouh.. Gila excited diorang... Saya yang tengah on facebook pulak tulis "GOAL!!!!!!"
"GO MALAYSIA!''
"MALAYSIA BOLEH!''
Mereka-mereka yang online fb pun sama jugak tulis ayat-ayat seumpama itu pada status mereka.
However, did you noticed that there was a green laser. Laser tu kena kat refree, players. Sampai Sultan Pahang turun kat Padang nak tengok apa yang berlaku. Tak kiralah penyokong Malaysia, or Indonesia, they shouldn't do that.. Adakah itu teknik licik untuk melambatkan permainan? Result dia sama jugak.
But, one thing. Nak puji sikap penyokong Indonesia. Diorang tak buat hal macam penyokong satu negeri ni. Padahal, negeri lawan negeri. Kata satu Malaysia. Penyokong-penyokong yang baling-baling barang kat padang ni, tak ada etika. Kalau tak belajar ethiques pun tahu benda tu tak elok. Come on! Even a 4 years old kid know that... Ni tak.. Pakcik-pakcik yang dah ada anak berderet-deret buat perangai macam tu.
So, Malaysians. Please. Take note! Anda bukan seorang penyokong ataupun peminat sukan, anda adalah perosak sukan jika anda berkelakuan teruk!
Anyway! Go Malaysia! Fighting! Make us proud! Rabu ni, mesti menang tau! Kalau Rabu ni Malaysia menang probably Rajagobal akan dapat gelaran Dato' . So, I hope you'll win, we'll win!

My Pitiful Cousin.

Jika anda tahu cerita "My Pitiful Sister", tajuk entri kali ni tiru tajuk cerita tu la... Tapi, cerita tak sama pun... Buat sahabatku, nurin ,sah-sah la dia tak tahu cerita ni, sebab dia tak minat korea. Dia minat Hollywood je. Back to the story. Pasal cousin sorang ni, nama dia Aiman. Umur 9 tahun. Next year dia 10 years old la. I have two stories to share. And both of the stories are about this pitiful Aiman.
1. Well, masa tu arwah atuk meninggal kat IJN. (Sila godek-godek entri bulan September untuk maklumat lebih lanjut.) So, kampung dah lama terbiar. Rumah tu tak ada manusia yang duduk, sebab masa tu Mak Wan(my grandma) jaga arwah Atuk kat IJN. So sebab tak ada manusia yang duduk kat rumah tu Makhluk lain pula berhijrah buat rumah tu tempat dia. Makhluk tersebut ialah....
tebuan...
So, masa kenduri tu, tebuan sana sini dalam rumah tu. Kami-kami yang perempuan ni, terjerit jugaklah sebab takut punya pasal kat tebuan tu. To be exact, takut kat dia punya tempat sengat tu. So, bila semua orang selesai baca yasin and perut pun ah kenyang makan masakan kami... Ehem, ehem! Masakan kami ye! KAMI! Angah pergilah ambil pinggan-pinggan kat ruang tamu tu, untuk dibasuh. Then, guess what??? Dia terpijak seekor tebuan malang ni (Jap, jap... Angah yang malang ke, tebuan yang malang?) masa dia tengah angkat pinggan. Luckily, dia tak hempas pinggan tu. Sempat lagi dalam tengah panic, dia masih bertatasusila, letak pinggan dengan cermat. Then dia jerit, "AYAH!"
Me and my cousin yang tengah sibuk main dengan sabun masa basuh pinggan buat pekak je kat belakang tu. But then, Aarif datang. Dia kata Angah kena sengat tebuan. I was like ''Uuuuuuuuuuuuu!!!!!''
Lepas tu, ayah buat apa entah, sengat tu selamat dikeluarkan dari kakinya. (Boleh buat cerita ''My Pitiful Sister'') Tapi, Angah kata masa kat TGB dia pakai selipar je sebab kaki dia bengkak. Mak Cik kat dewan makan tu bagi layanan VIP kat Angah. Tak payah queue panjang-panjang macam students lain + boleh pilih ayam goreng dua ketul. So, tak jadi nak buat cerita My Pitiful Sister. About Aiman, lepas Angah terpijak tebuan. Dia pun ikut jejak angkah Angah terpijak tebuan tu juga. Probably, Aiman pijak tebuan yang sama yang Angah pijak. Malangkan tebuan tu ? (''The pitiful tebuan) Sebab Angah dah menderita dulu, Aiman tak sangat sebab sengat tebuan tu dahtak ada power... Bila power dia dah menyengat kat kaki Angah. So, yang ni tak pitiful sangat.
2. Okay, okay! Yang ni pitiful! Masa hari ke-100 arwah Atuk meninggal, kami buatlah doa tahlil kat masjid. Mak Wan, Ibu, and Mak Ngah masak kari dengan ikan parang masak asam pedas. Kali ni, kami tak masak. :) So, waktu Isyak, makanan pun dihidangkan kat masjid. Biasalah, kampung makan ramai-ramai dalam dulang. Aiman, Aarif and Najid makan satu dulang. (Kami gelar mereka tiga abdul) Then, Aiman tercekik tulang ikan parang. Tulang ikan parang sangat halus dan bercabang ye. Jika anda tak tahu apa itu ikan parang, sila ikut ibu anda ke pasar. Terutamanya, bagi perempuan.
Kalau bukan untuk masa depan rumah tangga anda, pergilah ke pasar demi masa depan perut dan tekak anda. Bila dah tercekik, Aiman termuntah kat dulang tu jugak, eventhough Najid dah cakap jangan muntahkan dalam dulang. Unfortunately, termuntah jugak. Masjid dengan rumah dekat je. So, Tiga Abdul berjalan kaki pulang ke rumah kerana tak ada transport sebab pak cik-pak cik dah balik dulu.
Bila Tiga Abdul dah sampai rumah, Najid dengan Aarif panggil Mak Awin. Sebab Mak Awin nampak macam pakar sikit bab-bab kecederaan ni eventhough dia kerja bank. Kami yang berada di tempat kejadian, akan tutup mata bila Aiman memasukkan jari ke dalam tekak dan muntah. Tapi, tulangnya tak keluar jugak. Suruh dia makan segumpal nasi, lagilah dia nak tercekik sebab nasi tu besar sangat. Suruh dia minum air, air tu flow dengan mudah menerusi anak tekak, tapi tulang ikan parang tu, tak flow macam air tu. Nak cuba cara yang tekan perut tu, tapi tulang dah sampai agak dalam. Muntah dan muntah dan muntah. Tulang tu pun keluar. Tapi, ada agi tulang dalam tekak dia. So, kitorang suruh Ayah Li hantar Aiman pergi hospital. Guess what? Ayah Li cakap, '' Biarlah dulu.. '' sebab Ayah Li nak pergi masjid. -,-
But, maybe sebab tak sedap hati anak dia tengah tercekik tulang, dia patah balik and hantar Aiman ke hospital pakai kereta buruk arwah Atuk yang enjin macam enjin cap ayam tu. Luckily, kereta tu tak rosak tengah jalan. Aiman balik lepas midnight, so tak sempat nak interview dia malam tu. Esoknya, baru interview. Dia kata, doktor bius then keluarkan tulang tu. Nasib selamat... Fuhhhh!
*Maaf, entri mcam entri cap ciki sebab nak cepat..

Thursday, December 23, 2010

My Dad Is The Best!

Dad, I love you!

Appa! Naega saranghae!

Thank you!

Kamsahabnida!

Omo!!!Waaaa!!!Naega haengbok!Nan jeongmal haengbok haeyo! I'm so happy!

Okay, here's the story. That day, sebenarnya, nak pergi holiday dekat Bukit Gambang Resort City. We were quite sad... Sebab tak dapat nak beli Nikon D3100 before pergi holiday. Then, pagi tu... As usual, kalau nak travel mana-mana pun, breakfast mesti kat NZ Curry House! So, lepas breakfast, ayah cakap "Nak pergi Time Square tak? Kat sana ada Nikon Centre kan?"

Then, we were like, "Jomlah! Jomlah!" Excited tahap monyet dapat pisang. Then, Along mencelah, "Tapi, Nikon Centre tu macam exhibit camera je.. Tak ada jual camera pon."

Eventhough she said that, kitorang tetap jugak pergi Time Square. Mula-mula pergi Nikon Centre tu... Mula-mula tengok-tengok dulu camera dia... Camera DSLR zaman 2006 gila gabak oh besar dia! Then, pergi tingkat bawah.
Luckily, D3100 kat camera store tu tinggal 2 je. So, kira untunglah kan... So, ayah belilah... Actually, I never thought that dad don't want to buy it. Tapi, sebenarnya, dalam diam, terpancar juga semangat ayah nak beli kamera tu.
Bukti 1: Masa kat Ampang, ayah yang semangat pergi sampai dua camera store.
Bukti 2: Ayah yang offer nak pergi Time Square.
Bukti 3: Masa ayah tengah outstation, ayah ada call Along suruh tanya kalau-kalau apek kat Ampang tu dah call. (Hey, I don't need to wait for that Apek call my dad and said "Itu kamera sudah boleh angkat!" Hahaha)
Bukti 4: Ayah suruh ibu pergi ambil name card apek tu sebab suruh ibu call apek tu.
Well, eventhough ayah ada cakap, "Siapa cakap ayah nak beli?" But, pretty obvious that dad wanna buy that camera too. Maybe easier for dad. Sebab camera lama tu, bolehlah dia bawak pergi outstation while we were having fun tengah holiday kan... Oh, sebab ayah outstationlah kami berpeluang nak holiday. Kalau tak, jalan kat KL je lah.
Anyway, dad! You are the best! Gamsahabnida!

Saturday, December 11, 2010

Pisang Panas Out Of Stock

It's been a long time I haven't update this blog. Pathetic blog! Bila anda baca title entri kali ini, adakah anda rasa saya cakap tentang pisang panas dekat gerai tepi jalan tu dah habis, yang tinggal cuma pisang sejuk dah tak laku? Bukan itu maksud saya. What do I care? Pisang tu sejuk ke panas ke? Aku belasah je.. Asal kenyang. Pisang panas out of stock tu sebenarnya
Nikon D3100...
Ya, baru berapa hari dijual di Malaysia. Telah pun out of stock..The ads on TV sangat mempengaruhi otak... Dengar cara dia cakap, macam camera tu tempting gila! And believe me, when I said out of stock, it's really out of stock! I've gone to three camera stores. Nak tahu apa tauke kedai tu kata? Dia kata...
"Out of stock maaaa..... Lu beli D90 sajalah..." (Slang Cina cakap melayu ya.. )
D90??? Apek, ni Gua mau cakap. Gua bukan proffesional photographer mau pakai itu D90. Gua beginner lu tau. Gua tau la lu mau itu duit cepat. Suruh beli itu D90... Haiiiya!
Okay, nak je cakap macam tu depan Cina tu. Oh, ya. Tauke ketiga-tiga kedai tersebut adalah Cina.
Ottoke....? (Tiba-tiba aje nak cakap korea nih... -__-")
I just need to wait.. Until that apek call my father and said,
"Boss, lu boleh angkat itu D3100." (Sejak bila pulak bapak aku jadi boss?)
Then, I was like?
"Chomal?" or, "Kuchi?" ( I'm not sure if that's the correct spelling for hangul+romanize)
Oh, Nikon! Please... Come to mommy... :D

Friday, December 3, 2010

Apabila Bosan...

Bila bosan mengawal jasmani dan rohani, maka saya pun mulalah tengok-tengok blog orang... Blog sendiri terbiar macam apa je. Maklumlah orang tak pergi holiday... Semuanya kerana ayah giat outstation.. Tak apa, ayah pergi mencari rezeki, dan mencari sejuta suap nasi untuk anak bini... Sejuta ye... Sejuta suap.. Penyumbang penambahan berat badan.. :)
Back to the story, saya suka baca blog orang juga pembakar semangat supaya saya terus giat berjuang dalam bidang meng-update blog! Yeah! Fighting! Okay, antara blog yang saya suka tengok ialah
Yeah.. Seorang blogger dan model yang cun-melecun dan sangat kelakar.. Kalau korang tak senyum baca blog dia, korang tak normal...
Lagi satu,
Seperti URL blog dia, memang dia ajak kita bergebang, tengok dia menjelajah hampir semua negeri Europe, kita pun rasa nak gebang juga...
So, kalau anda bosan, bolehlah baca blog mereka berdua ni, disamping menderma duit sebab diorang ada nuffnang, saya tak ada nuffnang sebab tak cukup umur lagi. Mereka adalah pengupdate blog yang tegar. So, jangan risau, blog mereka dilayan macam VIP oleh tuan empunya. Tak macam blog saya ni, kadang-kadang dilayan, kadang-kadang terbiar.. Sangat kesian..
Maafkan bloggermu... :')