Sunday, July 25, 2010

CINTA???

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Cinta itu ade dua jenis

1.Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

2.Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana
Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

ut, in my oppenient,teenagers shouldn't coupling because what they need to do is learn.not searching for love.Islamic love is love that can bring you to marriage,but teenager love cant possibly bring to marriage.But when you have your own money, you can marry to your beloved person,but you dont have your own money when youre still a teenager...so,think!

Friday, July 23, 2010

malas belaja pnye cite

aku bangun tido,masuk bilik air,mndi2 ape sume,aku pon kluar pkai uniform skola yang bibik aku gosok
(aku memang malas nk gosok baju ni...keje aku gi cc je,org suroh belaja,aku gi cc,org suroh gi tusyen aku gi cc,bijak x?)
lps tu aku pgi kat beg skola aku...bru nk susun buku...
buku aku ats meje satu pon x de sbb mls nk buat keje skola...ape yg ade ats meje tu,
cume laptop aku...
tgh susun buku,baru teringat yang hari ni hr pnting!
SPM KOT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Asl aku leh x sedar?ni msti sbb aku slalu serong!!!adoi!!!!!!!x study lg ni..............alamak...
cam ne ni?argh!lntk argh taram je,mcm x biase....
aku pon gi skola wat muke slambe,bajet cam dah khatam sume buku je...masuk dewan,
dpt paper chemist...perghhhhhhhhhhh!!!!soalan no.1 berbunyi begini:
among the following compounds,which is most suitable to prepare silver chloride salt?
A.silver oxide solution and dilute hydrochloric acid
B.silver nitrate solution and sodium chloride solution
C.siver hydroxide solid and dilute hydrochloric acid
D.Silver powder and dilute hydrochloric acid
mmg aku x tau ape,klau pekse biase,aku pakat ngan kwn2 kls lain gi tnds pas tu discuss jwpn,
ni SPM beb!hrpn arghh!aku pon taram je la jwpn D.
aku dh cuak tahap cipan sbb x dpt nk jwp...
mlm tu aku study gile2 arh,aku study add math,tu pon smpt smpai chapter 1,
chapter lain hrpn arghhh,last minute bru nk study........
stlh sebulan,result SPM kuar aku pon gi la skola blk,perrrrrrrrrrrrggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!result aku mmg cntik!
4C+,1A-,5C- yg A to seni...
truk tak?agk2 u mane yg aku dpt.....
tetibe dpt msg,
u,u dpt brape A?
msg drpd gf rupenye,aku pon balas dgn pnuh rase tkot...gf aku bukan calang2 org...
dpt msg blk
xpe at least ade satu A,lps ni klau dpt name2 universiti,u jnji dgn i u bljr rajin2 tau...btw,i dpt 8A+,1A-..
result truk sikit...
tu die kate truk????aduhhh baik gile gf aku....lps ni sirius aku ckp aku nk blaja gile rajin!!!!

MY INTERESTING TEXT

well,I need to give a speech next week in a way to be a prefect next year.I don't really want to be though... *sigh*But the text that I got is quite interesting and fun...this is the text..
'Ada orang dtg ke sekolah dengan perasaan penuh gembira dan ceria.Ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada yang serba tak kena.Ingatlah...sesiapa yang datang dengan perasaan 'biasa' saje,maka hasilnya 'biase' saje.sesiapa yang datang dengan perasaan ceria,hasilnya akan menjadi lebih daripada biasa atau luar biasa.bekerja la dengan ceria agar dapat menghasilkan produktiviti yang akan menggembirakan orang lain.semoga hasilnya akan mendapat keberkatan... insyallah...

jadi renungilah:-

1.Ada orang datang bekerja hanya untuk menjalankan tanggungjawab DATANG KERJA,tapi hampeh,hasilnya macam X DATANG KERJA.
2.Ada kala kita rasa kita BUSY GILER,tapi rupenya kita hanya KELAM KABUT.
3.adakala kita rasa kita PERIHATIN,rupenya kita BUSY BODY
4.Adakala kita rasa kita OPENMINDED AND OUTSPOKEN, tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.
5.adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS,rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK YG MENCIPTA KRISIS.
6.Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA, tapi kita dilihat MENGADA.
7.Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM X DE KEJE?'.kan lebih baik kalau kita bertanya,'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLE BUAT?'

pejam mata dan renunglah sendiri.jika perlukan anjakan paradigma,lakukanlah segera,tetapi manusia tetap manusia.sukar untuk berubah.Kerana mereka fikir mereka lebih baik...adakah bepemikiran sebegitu kita memang yang terbaik?

maka untuk itu,mari kita mula senyum,ceria,mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam bekerja.tidak srugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan...kalau kita kurang keje,carilah keje untuk membantu teman-teman lain.

tak dapat gaji pon tak ape,dapat pahale,kita draw kat akhirat nanti.tapi kalai kita asyik dengki-mendengki...nasiblah sebab dah ditentukan jalan yang sukar yang kita pilih...Renungilah...berapa orang kawan kita...dan berapa orang lawan kita...nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

mengkiritik tidak bermakna menentang,
mempersetujui tidak bermakna menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikiran yang baik...

nice text right?I cant wait to for it!but I havent remember the text correctly...*sigh*

Wednesday, July 21, 2010

three ways

Langkah 1 – Manfaatkan emosi anda
Kaitkan keadaan semasa dengan emosi yang negatif seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan. Pada masa yang sama, kaitkan perubahan yang ingin anda lakukan dengan kegembiraan, kesenangan dan kehebatan. Ingat perkaitan ini dalam minda anda.
Manusia mempunyai motivasi untuk bergerak menghindari kesakitan dan menuju ke arah kesenangan. Jadi, apabila anda tidak mempunyai motivasi untuk kekal dengan perubahan yang anda lakukan, ingat perkaitan di atas.
Perubahan bukan masalah kebolehan, tetapi masalah motivasi
.
Langkah 2 – Ganggu tabiat anda
Jika anda mendapati diri anda ingin menuju kembali kepada keadaan asal, lakukan sedikit gangguan terhadap tabiat lama tersebut. Misalnya, jika anda ingin kurangkan berat badan tetapi terasa amat ingin untuk makan makanan ringan, ganggu tabiat itu dengan kelakuan yang lain seperti menyanyi dengan kuat pada masa tersebut ataupun melompat tak tentu arah.
Langkah 3 – Ambil jalan alternatif
Jika anda tidak mempunyai jalan alternatif, kemungkinan besar anda akan kembali kepada tabiat asal. Misalnya jika anda ingin berhenti merokok, anda harus ada benda-benda alternatif untuk “menyumbat” mulut tersebut apabila anda terasa ingin merokok.
Misalnya makan sebiji buah epal setiap kali anda rasa ingin merokok. Satu alternatif yang baik untuk menggantikan rokok.

Cubalah 3 langkah ini dan kongsikan pengalaman anda di sini.
Selamat berubah,

taken from lincomel.com

Dalam pukul 4.30 petang semalam. Sahabat saya datang ke tempat saya bertugas kerana kakinya terjatuh dan terseliuh. Malahan ketika sahabat saya tersebut datang berjumpa dengan saya untuk melakukan procedur tertentu, beliau telah masuk ke bilik saya dengan berkerusi roda dengan mulutnya tak henti-henti mengerang kesakitan.
Agak menarik setelah saya melihat hasil pemeriksaan x-ray yang dijalankan, terdapat sedikit retak pada tulang kelima metatarsal, atau bahagian atas sedikit daripada jari kelingking kaki beliau.
Disebabkan beliau adalah sahabat baik saya, saya bergurau dengan mengatakan kakinya normal. Tidak ada apa-apa masalah. Yang agak menarik membuat saya tersenyum sendirian, tiba-tiba beliau tidak lagi mengerang kesakitan dan boleh berdiri dan berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku terhadap kakinya.
Selepas saya memberitahu pasal keadaan yang sebenar tentang kakinya terdapat sedikit retak. Tiba-tiba beliau tidak dapat berdiri dan sekali lagi beliau mengerang kesakitan.
Subhanallah, anda boleh lihat betapa hebatnya ciptaan ALLAH terhadap minda kita, Walaupun mempunyai saiz yang agak kecil tetapi dapat mempengaruhi seluruh anggota badan manusia.

So,kenapa bila dikatakan tulangnya normal,sahabatnya tidak mengerang kesakitan.Tetapi apabila perkara sebenar diberitahu,sahabatnya kembali mengerang kesakitan.

Bila dikata bahawa apa yang dimakan ialah makanan istimewa,dimakannya dengan penuh selera.Tetapi,apabila diberitahu bahawa itu adalah makanan basi,terus dibuang makanan itu dan muntah... MIND IS COMPLICATED

taken from zaimhilmi.blogspot.com


KISAH MENARIK : AGUNGNYA ALLAH MEMELIHARA KESUCIAN ISLAM
Betapa Agungnya Tuhan...
Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam. Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah.
Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu. Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.
Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.
Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul. Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini. Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...
Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita... "Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah). " "Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. " "Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. " "Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya.
" Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut. Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita... " Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh. Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. " " Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi...
" Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela. Wallahualam...

A step to be a good student

Well,at school,there was a motivation about HOW TO BE A GOOD STUDENT.I learned a lot of things.How to write quickly,how to read quickly,how to listen with full focus and many things.
And you know what?Deep inside my heart,the motivation made me feel that I want to be better day by day... The motivater said,"Be better than yesterday,not be worse than yesterday"
So from now on,I want to be the best as I could.That's my goal.I want to get straight A and be the number one of all. Well,if I cant achieve that goal,being better is fine for me.

Tuesday, July 20, 2010

Take care of your long hair

Your love ones must want to see your beautiful long hair...But what if you dont have beautiful hair? :) I got the tips for you
Weak and Brittle Hair Products
*Don't wash every day. Allow the natural oils on the scalp to condition the hair naturally. Too much washing can make hair dry.
*Keep styling to a minimum. This means combing and brushing as little as possible in order to keep hair strong.
*Use styling products that add moisture and avoid ones that use alcohol.
*Dry hair on a cool setting when using a hair dryer.
*Do not use traditional metal curling irons or flat irons on weak and brittle hair.


Thick or Black Hair
*Classic bun
*Twists
*Head wraps
*Scarves
Secrets for Long Hair
Secrets on taking care of long hair include some basics that are simple to achieve. Use a comb to brush conditioner through your hair before rinsing. This helps the hair absorb all of the moisture evenly.
If in time you find that long hair isn't for you, keep in mind that it is a great option to donate the hair to a worthy cause like Locks for Love rather than simply cutting it off.


If you got any problem,just comment to any of my post,okay?

hello

At last!My brand new blog!I haven't updated my blog for ages!So i think it would be better for me to create a new blog right?
In this blog,I'm not going to write about negative things,okay!No gossips!It's all about fun things, joke, tips n Islam.Well, you know,as a student,I need to be positive.
Well,maybe I'll be rarely updating my blog.But you can always follow my activities in fb and ms...