Thursday, January 26, 2012

Johor Bahru Day 1 - part 2 : Rumah Tok Chik

Lepas tuuu...

Kitorang pergi rumah Tok Chik. Dia ada buat kenduri.
So, kitorang dengan jeans and kemejanya... Buat muka tembok pergi kenduri rumah orang. ><"
Esoknya tu, kitorang ada Family Day, so...
Wan Chu, the organizer of the programme... nak bahagikan baju.
I mean baju yang seragam je... This year, warna merah.
And... orang baru bagikan, tapi dah ada yang semangat pakai baju tu, malam tu jugak!


Comel tak? Comel ennn???
Cakap comel cepat!

Tengok ah, semangat family Hj. Yusoff! Sampai dah tak nak ah tanggalkan baju ni!


Cerita macam sikit en, tapi sebenarnya betapa mengantuknya aku time tu, Tuhan je lah tahu.
Nak tunggu semua benda-benda ni siap.
Lepas tu, kitorang tidur kat rumah Ayah Chik.
AYAH CHIK, bukan Tok Chik.
Different person ehhh...
So, cerita Family Day kita sambung nanti. I'm too sleepy.
Salam.

Johor Bahru Day 1 - part 1 : JPO

Yo! Yo!
Ni Hao Ma?!
Manyak happy kah ini Chinese New Year?
Wa manyak happy, pasal wa pergi pusing JB.
Manyak seronok maaaa!!!

Kay. Dah boleh stop cakap macam MeiMei dalam Upin Ipin tu.
Chinese New Year. For four days, I've been spending my time in JB with my family.
Start je cuti, hari Sabtu tu, kitorang dah gerak JB dah.
As usual, kalau travel start pagi, breakfast mestilah NZ Wangsa Maju ennn...


Roti telur and susu Dutch Lady. Sorry, gambar susu tak sempat ambik.
Yeahh... I eat roti telur and drink milk for breakfast.
Sebab I can't just drink air suka-suka kalau breakfast. Nanti sakit perut. So milk is the best choice.

Anyway, berjam-jam lah kitorang duduk dalam kereta. Then, stop by kat R&R, then sambung lagi jalan. Sampai nak kematu punggung ni haaa.... -.-"
Okay, bila dah sampai JB tu, our first destination is Johor Premium Outlet.
Or the they call it as JPO.
Punyalah bising dalam kereta tu sebab gaduh nak cari JPO je.
Pakai pendapat masing-masing, tak jumpa.
Pakai GPS pun tak jumpa. (Bengap punya GPS!)
Last-last, tanya citizen kat situ.
Memang tabik toing toing ah kat dia. Macam mana dia boleh ingat traffic light ke berapa? Simpang yang ke berapa? And round- board yang ke berapa?
Hebat gila!
And thennn, kitorang pun sampai la kat JPO.


In JPO, almost everything is there. ALMOST. Tak semua ahh.. Tapi, almost.
You have GAP, Burberry, ESPRIT, Coach, Guess, Padini, BONIA, Lacoste, DKNY, PONEY, Ck, and there's this one store, memang tak pernah jumpa kat KL, tak tahulah ada ke tak, kat KL ni,
nama dia...



"pink jambu"
Somehow, it sound kinda cute.
Tapi, saya masih tak suka colour pink. No, no, no!
Say what you want, but I'm not a pink monster.

Motif pergi JPO?
1. Survey bag Coach ibu. Sebab ibu dah pesan kat someone we know yang tengah holiday kat London, Paris, German and New Zealand. So, ibu nak tengok rupa dia depan depan.

2. Nak cari cardigan Angah.

So, survey barang ibu dah siap. So, kitorang ikut je lah Angah cari Cardigan dia. Sungguh penat.
Dari petang sampai Maghrib, cari satu benda je kot!
At last, cardigan tak jumpa. Yang dapat hoodies. Tak kisah laaa...
Layan je la kannn...

Lepas tuuu....

Saturday, January 14, 2012

KoKo!

Yo! n.nV
Ish serious bingung tak tahu nak start entri macam mana.
Al-maklumlah... Perut dah bunyi pagi-pagi buta...
Otak pun kosong ahhh...
Motif update?
Nak cerita ah ni...

Kan semalam hari Sabtu en... Literally, sekarang hari Ahad sebab dah pukul 2:40.
So, pagi tadi ada kokurikulum.
Teehee. Saja nak eja penuh. Koko sudah.
It was the first koko for this year.
So, macam BERSEMANGAT nak pergi koko.
Cehhh... Padahal bukan ada jawatan pun tau.
Saya budak biasa je. :)
Semangat ah nak pergi koko. Ada pengakap!
Yang lain macam.... nyehhhh... Tak kisah sangat.

Pagi tadi ada pembahagian patrol (kumpulan)
Guess what?
Nama patrol aku kan....
RAJAWALI!
Bunyi macam kelakar kan?
Tapi, kamilah Raja dan kamilah Wali.
Haaa... Siapa boleh lawan?
And, I'm the patrol leader. Assistant Dodi.
Tetiba yang pengakap-pengakap remaja semua suruh kami, pengakap muda, hafal persetiaan, undang-undang and dress code uniform.
I was like :O
Persetiaan dengan dress code uniform tu tak kisah pun.
Sesungguhnya sentiasa dalam otak.
Tapi bila sampai tang undang-undang... Terus blank.
Maka, kabutlah aku time tu. Ahli pun majoriti tak ada lencana keahlian.
Means, baru masuk Scouts or, memang tak ambik ujian lencana.
And... Luckily oh... Ada Dodi. Nasib Dodi hafal...
Kalau tak, next scouts meeting kena ragging.
Sungguh tidak mahu. -.-"

Okay. Lepas tu, perjumpaan pengakap pun dah habis. Kitorang pergi pulak perjumpaan SLAD.
Cikgu sangat sangat sempoi. Perlantikan pun sekejap gila.
Then, habislah meeting... So, while kelab lain still meeting, kitorang pergi kat kantin.

Pergi kantin, jumpa Sam. (Aliff Ajwad sebenarnya. Tiba-tiba Sam. o.O)
Sam, this SVian Scouts leader.
Tahu tak dia cakap apa?
Dia kata kat kitorang
(to be exact, kitorang tu, Nurin, Fat, Ma, Najwa and me)
dia kata, Cikgu Syam nak kitorang habiskan Pengakap Muda by this year.
And I was like :O XD o.O
Dia kata sebab SVians Scouts nak pelapis yang aktif and gempak.
Gempak kah kami?
Dahlah 'pelapis' yang Cikgu harapkan ni semua perempuan.
Kesian oh cikgu.
Anyway, my point is... what am I suppose to do?
Nak masuk MRSM, or stay with SVians Scouts sampai form 5?
Sebab pelapis tu, memang sikit gila ahhh...
Scouts sekarang dah loose, tak macam dulu.

Sekarang ni, memang tengah berserabut ahhh.
Cehh.. Buat gaya macam serious je problem.
Dia jadi macam serious sebab I got other problems.
Problem apa?
Tettttttttttttttt.....
Tapi, memang tengah bingung sekarang. Sampai my style of writing pun dah merepek.
Bye ah.
Assalamualaikum.




Saturday, January 7, 2012

My First Three Days In School.

First Three Days In School?
It was.... Not so good, I guess.
Masih terfikir kenapa senior cakap sesi pagi best.
Okay. Base on my first three days, saya rasa sesi pagi tak best.

First.
Kena bangun bapak awal gila ahhh!
Okay... Ni maybe lama-lama boleh adapt. So, lupakan...

Second.
Balik rumah... Rasa macam segala jenis tulang dalam badan ni nak patah.
Segala jenis otot dah tegang semacam... -.-" Sangat penat.
Ni, maybe sebab petang tu terus gerak pergi orietasi form 1. So, all three days, balik petang tu... mata kuyu gila.

Third.
Homework...... Kyaaahhh!
Ni sebab dah lama tak buat homework time form 2, so bila naik form 3 macam kena kejutan budaya sikit. Dahlah balik penat, malam buat homework. Memang tidur nyenyak bersulamkan mimpi yang merepek dan awesome!
*Nasib ada mimpi, satu-satunya time nak release stress masa hari sekolah.

Fourth.
PMR pressure. Cikgu semua macam mengharap gila kelas 3Erat 2012, all 36 students dapat straight A's.
Saya ni, cikgu... Dapat straight A's sekali je. Tu pun markah atas pagar.
I'll study hard teacher.
Cehhh.. "study hard" Padahal tengah study blog ni. Takpe. Weekends.

So... That's how I felt about my first three days kat sekolah. How were they going? Lebih kurang ahhh kot dengan hari sekolah korang. Kay... Tu je.... Nak update. I hope lama-lama nanti boleh adapt dengan sekolah pagi. Amin....
About orientasi.... Malaslah nak update. Tak ada gambar. So, kalau nak update macam bosan.
Assalamualaikum.

Monday, January 2, 2012

Amalina Che Bakri... 360 degrees change?

Korang ada Twitter en? Korang ikut perkembangan semasa kan?
So... Korang mesti tahulah about Nur Amalina Che Bakri.
Best student SPM 2004 ke 2005 ntah... 17 A1.
Anak Malaysia kebanggaan kita semua.
But I guess that was the past...

Gambar ni dulu, was all over the newpapers. Memang massive gila la weh time tu.
Parents and teachers, semua macam "Study elok-elok. Biar jadi macam Amalina tu."
But now, I'm sure this is not what our parents and teachers want.

*I have remove the pic of this sister. Sebab hari tu pun, dia dah apologize kan. So, hormatlah dia sikit. So, faham-faham lah...

Now, what matters me right now is... kalau Angah pergi US, she wouldn't turn into this, right?
I mean... Uish! Dia dahlah one and only student perempuan MRSM TGB yang dapat offer pergi US for Chemical Engineering. Yang lain semua lelaki.
Kalau dia macam ni, memang mimpilah nak jejak rumah.
Well, a bit glad yang Angah nak ambik Medic. So, dia still kena fikir banyak kali about this offer.
Anyway, not just to Angah, to all akak-akak dan abang-abang di Malaysia ni.
Kalau nak study kat tempat orang, study lah...
Jangan pergi sana kau shuffle dalam night club pulak.

I take Mr. Hatim Razak as an example.
Ala... Yang maribergebang.blogspot.com tu...
Dia even bertahun kat Dublin, dia still ingat asal-usul dia...
Ni, ada yang baru setahun dua kat oversea, dah speaking berhabuk...
Konon... "I feel awkward speaking Malay"
Tolonglah bro!
And ada yang born in UK, then balik Malaysia dah bertahun-tahun...
Interview dengan counsellor:
"I want to study in UK only."
"Why?"
"Because that is where I belong."
Ehhhh... Awak tu anak Jawa... Kalau nak cakap "I belong in Indonesia" bolehlah nak terima.
Ni, setahun dua duduk UK, the rest of your life, kau still kat Malaysia.
That is where you belong?
Sedarlah sikit, UK tu tanah orang.
Bukanlah tak bagi nak study kat sana...
Tapi, kalau dia cakap, sebab "UK has the best campus I've ever knew" or something like that, boleh lah terima.
Ni, perasan kau anak jati England.
Bagi makan tanah Malaysia, baru tahu!
This is real okay.
Yang konon awkward cakap Melayu tu, kawan Along.
Yang perasan anak UK tu, schoolmate Angah.

So, the point is please...
dengar lagu Negaraku, dah hayatilah liriknya.
Assalamualaikum.