Friday, July 1, 2011

Sickness Terlampau Part 2

Dah macam drama bersiri. Drama pasal orang sakit.
Okay.
Scene part 2, take 1.
(Tuesday)
Roll...
ACTION!
Next morning, ibu suruh bangun, mandi nak pergi klinik. Aarif pun muntah jugak.
Anak kuda panjat pokok kelapa, kami makan apa?
Bila dah sampai klinik, boleh pulak doctor tu tak sampai lagi.
Tahulah klinik tu sendiri punya, tapi tak kanlah pukul 10.30 pun tak reti-reti nak datang?
Hadoiyh!
Masa tunggu doctor tu, sempat lagi tidur. Memang tak larat sangat la kan.
Bila doctor dah sampai, check apa semua. Lepas tu, balik!
Nak tahu apa aktiviti kat rumah?
Makan ubat, makan bubur, tidur.
Makan ubat, makan bubur, tidur.
Makan ubat, makan bubur, tidur.
Tapi adalah jugak tak tidur.
Time tengok Boys Over Flower kat KBS World.
Yang itu larat pulak nak tengok.

Tapi, memang badan rasa panas time tu.
Boleh goreng telur atas badan!
Malam tu, lepas makan, tidur atas sofa sampai pagi.
Tak hengatt langsung nak bangun tidur kat bilik.

Sambung part 3

No comments:

Post a Comment