My first experience doing those things, do what? Do these!
banyak gila baju nak kena sidai. Berpeluh-peluh.... Fuhh! Ketupat ni saya yang buat tau! Baru tadi. Tengah rebus dalam periuk sekarang. I hope it's good. Tak percaya ke saya yang buat???
Look at that hand... It's mine. Yang kurus keding macam tak makan tu, eventhough I can finish two set of pizza alone, saya memang macam tu. Tak percaya lagi?
Look at that hand... It's mine. Yang kurus keding macam tak makan tu, eventhough I can finish two set of pizza alone, saya memang macam tu. Tak percaya lagi?
Tu, tengok badan kurus keding, duduk pun bongkok. That's me! Tak bolehlah nak ambil gambar muka. Sebab tak pakai tudung, tak kan nak buat ketupat pun pakai tudung. Obvious gila yang sebenarnya saja nak pose konon-konon buat ketupat. Hahaha! Tapi, sebenarnya, saya cuma letak beras je, yang menganyam tu saya tak tahu sapa, ayah yang beli. hehehe... Tahun lepas dah belajar, tapi lupa.. huhuhu.. Title tu tulis THOSE THINGS, tapi ni baru satu, lagi satu, saya tolong ibu buat puding caramel... Padan muka aku! Nak sangat makan puding caramel, kau buat lah! :( Bila kukus, puding tu lambat nak siap... Saya dah takut dah. Mesti ibu marah kalau puding caramel tu tak jadi, membazir je... Dahlah tak reti pecahkan telur.. (Anak dara apalah saya ni...) Luckily, jadi juga puding tu... ^__^
Kembali pada cerita ketupat... Tahukan anda bahawa saya mengisi beras itu seorang diri? Tahukah anda bahawa saya mengisi beras di rumah saya di K.L dan bukan di kampung! Sungguh tak meriah! Dahlah isi sorang-sorang... (lonely, I am miss lonely, I got nobody, lepas tu apa?) Lepas tu, kat rumah pula tu... Tak rasa meriah pun... Meriahlah sikit, bila the whole family buat kerja, kemas-kemas rumah, main masak-masak( actually masa tu, saya sorang je yang ada kat dapur, saya memang suka masak, tapi tak tahu masak.. hehehe) tapi, adik saya tak ada, pergi rumah sedara dekat Puchong di mana kat situlah kami menyambut aidilfitri, so ada rewang kat situ, (rewang yang saya maksudkan bukan melepak, orang johor panggil gotong-royong ni merewang) Nak tahu kenapa kami tak sambut dekat Johor tahun ni? Sebab datuk saya dekat IJN, so terpaksa raya dekat K.L, tapi bukan K.L pun, Kat Puchong, sebab rumah saya yang kat KL ni kecil, rumah sedara kat Puchong tu besar, so itu yang sesuai dan terdekat, raya kat situ je la. Kitorang gathering, nak buka puasa malam ni, bukan kat restoran macam tahun-tahun sebelum ni, tapi buka dekat hospital... Nak buat macam mana... Datuk saya dah masuk IJN sebab sakit jantung. Sakit jantung datang dari ROKOK! Jadi, kalau tak nak raya dekat hospital, tolong JAUHI ROKOK! Kenapa daripada topic experience boleh masuk topic rokok pula ni? Ok, nanti saya nak cuba buat chocolate muffin pula... :P
No comments:
Post a Comment