Okay. Ingat lagi cerita fasal Marissa? Bila jaga dia dapatlah dua tiga tips nak jaga dia. So, saya rasa tips ni untuk jaga baby umur 3 bulan, perempuan dan tak banyak kerenah.
1. Bila nangis sumbat je puting dalam mulut dia. Nanti dia diamlah.
2. Kalau dia still nangis, check pampers dia, kalau dah penuh sila tukar sebab baby rasa tak selesa.
3. Bagi dia minum susu. Then, jangan lupa sedawakan dia. Caranya dukung dia lepas tu tepuk-tepuk belakang dia sampai dia sedawa. Actually, saya tak tahu cara lain nak sedawakan baby. Hehehe.
4. Tidurkan dia. Korang tahu nak main dengan dia je. Baby need their beauty sleep! Kalau saya, saya pangku dia dalam keadaan bersila, then tepuk-tepuk belakang dia. Bila dia dah tidur, letak dia kat mana-mana yang patut. ( Ni kalau tak ada buai)
5. Bila mandikan dia, mandikan pakai air panas. I mean, bukan yang panas gila, yang water heater tu. Tak kan tak tahu... Sabun yang paling sesuai, saya recommend Johnson's.
6.Bila dah habis mandikan dia timang dia tujuh kali. Tapi, jangan timang tinggi sangat. Timang gitu-gitu je. Bila timang, kira. Cakaplah satu,dua,tiga,empat, lima, enam, tujuh! Lepas tu tiup muka dia. (Ni petua orang-orang tua. Katanya, nak hilangkan sawan-sawan or sakit-sakit, lebih kurang macam tu lah)
7. Sapu minyak YU YI pada perut and tapak kaki baby. Letak cream pada kemaluan baby supaya tak melecet. ( Yang ni petua ibu saya)
8. Bila baby diam, jangan kau nak gatal-gatal tangan angkat baby tu. Sebab dia suka didukung. So, bila baringkan balik baby tu, the baby will cry. Nanti jadi puttek la telinga korang...
No comments:
Post a Comment