Sunday, December 26, 2010

My Pitiful Cousin.

Jika anda tahu cerita "My Pitiful Sister", tajuk entri kali ni tiru tajuk cerita tu la... Tapi, cerita tak sama pun... Buat sahabatku, nurin ,sah-sah la dia tak tahu cerita ni, sebab dia tak minat korea. Dia minat Hollywood je. Back to the story. Pasal cousin sorang ni, nama dia Aiman. Umur 9 tahun. Next year dia 10 years old la. I have two stories to share. And both of the stories are about this pitiful Aiman.
1. Well, masa tu arwah atuk meninggal kat IJN. (Sila godek-godek entri bulan September untuk maklumat lebih lanjut.) So, kampung dah lama terbiar. Rumah tu tak ada manusia yang duduk, sebab masa tu Mak Wan(my grandma) jaga arwah Atuk kat IJN. So sebab tak ada manusia yang duduk kat rumah tu Makhluk lain pula berhijrah buat rumah tu tempat dia. Makhluk tersebut ialah....
tebuan...
So, masa kenduri tu, tebuan sana sini dalam rumah tu. Kami-kami yang perempuan ni, terjerit jugaklah sebab takut punya pasal kat tebuan tu. To be exact, takut kat dia punya tempat sengat tu. So, bila semua orang selesai baca yasin and perut pun ah kenyang makan masakan kami... Ehem, ehem! Masakan kami ye! KAMI! Angah pergilah ambil pinggan-pinggan kat ruang tamu tu, untuk dibasuh. Then, guess what??? Dia terpijak seekor tebuan malang ni (Jap, jap... Angah yang malang ke, tebuan yang malang?) masa dia tengah angkat pinggan. Luckily, dia tak hempas pinggan tu. Sempat lagi dalam tengah panic, dia masih bertatasusila, letak pinggan dengan cermat. Then dia jerit, "AYAH!"
Me and my cousin yang tengah sibuk main dengan sabun masa basuh pinggan buat pekak je kat belakang tu. But then, Aarif datang. Dia kata Angah kena sengat tebuan. I was like ''Uuuuuuuuuuuuu!!!!!''
Lepas tu, ayah buat apa entah, sengat tu selamat dikeluarkan dari kakinya. (Boleh buat cerita ''My Pitiful Sister'') Tapi, Angah kata masa kat TGB dia pakai selipar je sebab kaki dia bengkak. Mak Cik kat dewan makan tu bagi layanan VIP kat Angah. Tak payah queue panjang-panjang macam students lain + boleh pilih ayam goreng dua ketul. So, tak jadi nak buat cerita My Pitiful Sister. About Aiman, lepas Angah terpijak tebuan. Dia pun ikut jejak angkah Angah terpijak tebuan tu juga. Probably, Aiman pijak tebuan yang sama yang Angah pijak. Malangkan tebuan tu ? (''The pitiful tebuan) Sebab Angah dah menderita dulu, Aiman tak sangat sebab sengat tebuan tu dahtak ada power... Bila power dia dah menyengat kat kaki Angah. So, yang ni tak pitiful sangat.
2. Okay, okay! Yang ni pitiful! Masa hari ke-100 arwah Atuk meninggal, kami buatlah doa tahlil kat masjid. Mak Wan, Ibu, and Mak Ngah masak kari dengan ikan parang masak asam pedas. Kali ni, kami tak masak. :) So, waktu Isyak, makanan pun dihidangkan kat masjid. Biasalah, kampung makan ramai-ramai dalam dulang. Aiman, Aarif and Najid makan satu dulang. (Kami gelar mereka tiga abdul) Then, Aiman tercekik tulang ikan parang. Tulang ikan parang sangat halus dan bercabang ye. Jika anda tak tahu apa itu ikan parang, sila ikut ibu anda ke pasar. Terutamanya, bagi perempuan.
Kalau bukan untuk masa depan rumah tangga anda, pergilah ke pasar demi masa depan perut dan tekak anda. Bila dah tercekik, Aiman termuntah kat dulang tu jugak, eventhough Najid dah cakap jangan muntahkan dalam dulang. Unfortunately, termuntah jugak. Masjid dengan rumah dekat je. So, Tiga Abdul berjalan kaki pulang ke rumah kerana tak ada transport sebab pak cik-pak cik dah balik dulu.
Bila Tiga Abdul dah sampai rumah, Najid dengan Aarif panggil Mak Awin. Sebab Mak Awin nampak macam pakar sikit bab-bab kecederaan ni eventhough dia kerja bank. Kami yang berada di tempat kejadian, akan tutup mata bila Aiman memasukkan jari ke dalam tekak dan muntah. Tapi, tulangnya tak keluar jugak. Suruh dia makan segumpal nasi, lagilah dia nak tercekik sebab nasi tu besar sangat. Suruh dia minum air, air tu flow dengan mudah menerusi anak tekak, tapi tulang ikan parang tu, tak flow macam air tu. Nak cuba cara yang tekan perut tu, tapi tulang dah sampai agak dalam. Muntah dan muntah dan muntah. Tulang tu pun keluar. Tapi, ada agi tulang dalam tekak dia. So, kitorang suruh Ayah Li hantar Aiman pergi hospital. Guess what? Ayah Li cakap, '' Biarlah dulu.. '' sebab Ayah Li nak pergi masjid. -,-
But, maybe sebab tak sedap hati anak dia tengah tercekik tulang, dia patah balik and hantar Aiman ke hospital pakai kereta buruk arwah Atuk yang enjin macam enjin cap ayam tu. Luckily, kereta tu tak rosak tengah jalan. Aiman balik lepas midnight, so tak sempat nak interview dia malam tu. Esoknya, baru interview. Dia kata, doktor bius then keluarkan tulang tu. Nasib selamat... Fuhhhh!
*Maaf, entri mcam entri cap ciki sebab nak cepat..

No comments:

Post a Comment