Okay! Baca tajuk dia, bajet macam aku ni arkitek lepasan Oxford University yang pemalas, sampai ada projek terbengkalai! Ceh! Sebenarnya, saya hanyalah lepasan SK Wangsa Jaya dan masih belajar... Projek terbengkalai yang saya maksudkan ialah... Projek mengupdate blog!!!
So, to my dearest blog, kekasih hatiku, intan payungku, boyfriendku.. Aku tahulah aku single, tak payahlah nak sindir 'minah ni macam orang antisosial kenapa? Sampai blog pun boleh jadi kekasih hati'
Sorrylah dah lama tak update... Busylah periksa... Cakap pasal periksa, periksa dah habis!!! Boleh aku senyum-senyum, gelak-gelak masa jamuan tadi... Nanti dapat markah, menangislah air mata air smpai hancur kertas result tu sebab dah kena penangan air mata Ain.. Sorry tau dah lama tak update you bloggy, I bukan saja... Tapi, sebenarnya, I dah curang dengan you, I couple dengan Facebook... So, kita clash.. (What the?) I tak boleh clash dengan you, dengan Facebook pun tak boleh... So, kita dalam open relationship eh?
(Kepada anda yang membaca, tidak geli ke tengok Nur Ain Sufi cakap I-You?.. Dengan blog pulak tu, mcam orang gila aje)
Back to the earth.. So, tadi saya kat planet mana??? Marikh??? Jupiter??? Bulan??? Atau kebakaran akibat matahari???
Sebenarnya nak cerita pasal Golden Moonlight Gala... Tu yang tetiba berangan kat bulan tu... Golden Moonlight Gala ialah tema dinner PRS dan PROSTAR... okay, kita mula dengan waktu petang... belum dinner pun masa tu... Kepeng pinggang aku masa ni, sebab tak makan lagi.

Ni latihan sketsa... Saja edit.. Asal? Tak boleh??? Mazhab mana korang ikut, tak boleh edit gambar?

Sesi menyediakan hiasan dewan.... Yang pakai baju melayu tu, sebenarnya baru lepas graduate.. Daym, graduate ya??? SPM pun tak lagi... Tiba-tiba je korang dah graduate eh???

Yey!!! Dinner... Lihatlah, betapa megahnya Presiden Prostar, Bekas Presiden Prostar, Bekas Prostar mengucap.. Actually, tiga-tiga gelaran untuk dia apa... Sebab tak tahu apa sebenarnya status dia dalam PROSTAR ni....
Tadi, ada jamuan kelas.... Memang best!!! Antara jamuan yang paling best dalam hidupku.. Hahaha... Tiada satu gambar pun yang dapat disnap kerana bapaku telah mencilok camera dan membawanya ke Johor. Buat apa??? Out station??? No.. Balik kampung??? No.. Beli tanah??? Yes! Nak buat ape entah beli tanah.. Tanah kat luar rumah tu dah banyak dah... Tanah dalam pasu bunga ibuku.. Ambik je tanah pasu tu.. Tanah jugak kan??? Nanti kalau kawan-kawan dah masukkan gambar dalam boyfriendku yang lagi satu, si Facebook... Akan bermulalah operasi Copy Paste!!! Kemudian berlakulah proses kedua, iaitu memasukkan gambar ke dalam kekasih hatiku ini, Si Bloggy... Lihat! Betapa pentingnya Facebook dan Blog.. So, open relationship! NGEE.. GLEE