Sunday, April 3, 2011

Okay.... Setelah melihat kembali statistics viewer blog ni, blog ni memang dah parah! Lama kott tak update! Berapa bulan dah. Jap nak cakap pasal apa hah? >< Seriously, tak tau nak cakap pasal apa.... Bosan tahap gila dah ni!!! Okay! Okay! Dah tahu! Hari tu kan, kann SuJu datang Malaysia kan.. Super Show 3, tak pergi doe! Balik kampung! Kalau tak, dah lama tercongok depan radio tunggu fly fm nak bagi 3 free ticket! Tapi, hampehhh! Ke kampung juga aku pergi. :'( Nak pergi SuJu! Nak jumpa Siwon, nak jumpa Heechul! Waaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!:'(


Oleh itu, dengan penuh azamnya, saya nak pergi concert

SHINee!

Nak jumpa Minho, Taemin, Onew, Key! Jonghyun tak kisah sangat! Hahaha! Eleqa aje yang nak kat Jonghyun.
Kalau tak dapat SHINee pun, BigBang jadilah... Boleh jumpa GD kan...

:)

Sunday, February 13, 2011

Latihan Merentas Desa

Semalam kan, semalam kan, semalam kan...
Ada kan, ada kan, ada kan..
Cerita macam budak kecik oh...
Semalam, ada latihan merentas desa... Tapi tak merentas punn.. And tak desa pun..
Sepatutnya, letak nama latihan berlari di taman perumahan. Tapi, nak bagi bunyi dia sedap sikit.. Letaklah Latihan Merentas Desa. :P
Kami pun berlari, dan berlari dan berlari dan berlari dan berlari... Kau nak berapa banyak berlari? Kami pun berlari dengan semangatnya... Cehhh...
Mula-mula dekat pagar sebelum start, semua dalam kelompok masing-masing.. Keluar je pagar, terus tinggalkan diorang.. Normal lah diorang, kalau orang bersemangat sikit mesti cakap cam ni, "Adoyai! Cupik semangat!..." Bukan nak bagi semangat tau.. Lagi sindir orang.. Tapi, tak apa. Hidup mesti diteruskan... Eh, Lari mesti diteruskan!
???
Lepas tu... Yeyyyy!! Dah sampai!!!! Hahaha.. Bangga seyh cikgu cakap kitorang antara yang paling cepat sampai.. Hahahaha!!! Bolehlah.. Latihan jeee... Kalau merentas desa betul-betul mahu tersemput-semput, tertumbang-tumbang nanti.
Okay.. Tu je! Bye!

Sunday, February 6, 2011

K.L.U.A.N.G

KLUANG!!!! :) Finally, lama gila kot tak datang Kluang.
AWWWWW!!!Rindu, rindu, rindu!
Okay, bagi anda yang tak tahu, before I live in KL, I live in Kluang, Johor.
The most unforgotten memories when I was spending my youth in Kluang are:
1. S.T.M (1) Sekolah Tunku Mahmood 1. Really, really, really MISS this school!!!!
2. Patah tangan. To be exact, bahu. Tulang kat bahu macam dah ngekngok sikit. Menyebabkan tangan kanan nampak lain macam sikit.
3. My brother, Aarif kena sampuk sebab main kat luar mase Maghrib. :P
4. Kalau hari minggu, breakfast kat Kluang Railway... Sedap bhai makanan kat situ.. Sekarang tauke dia dah kaya. $£$£$£$£$£!!!!
Okay, Chinese New Year ni, balik kampung. Kampung kat Batu Pahat, so, dekat dengan Kluang. So, we decided to go to KLUANG!!!
Mula-mula tengok sekolah dulu. STM(1) dah maju kot.. Cantik dah sekarang. Tapi, tengok dari luar je. Sebab mana boleh masukkan? Cantik je STM(1).. Harap-harap tahun ni Abu Bakar menang.. Aminnn.. :)
Lepas tu pegi Kluang Parade. Tapi, Kluang Parade macam tak ada apa-apa yang menarik. Pergi Kluang Mall pulak. Okay, kat sini mula-mula pergi Sox World. Beli Teddy Bear nak bagi kat adik sedara. BTW, ada gambar Kim Hyun Jung kat Kluang Mall.
I was like.. "Ehhhh, Kim Hyun Jung la! "
Lepas tu, ibu cakap "Nak ambik gambar ke?"
Then, I was like " Bukan Kim Hyun Jung betul pun"
Lepas tu, pergi Pacific beli seluar. Then, pergi Popular. Beli A3 kat sana untuk folio seni. Lepas tu, bla! Makan pulak..
WEEEEEEEEE!!! MAKAN!
Cuba teka, kita makan kat mana? heee, macam budak-budak nak main teka-teka.. Tapi, teka la!
Klu kat bawah...
lada sula dengan kicap cair... bun bakar...
and of course. Kalau ada dua benda ni, mesti la kat Kluang Railway. Tapi, ni kat cawangan yang lain. Tak makan pulak kat tempat yang ori! Makan kat situ lagi kaw!
Kalau makan kat Kluang Railway, mesti la makan bun bakar die kan.. Seriously, lazat gila! You should try! Kat KL pun dah ada cawangan dah. Dekat Tesco Ampang ada. Tapi, kalau nak yang betul-betul kaw, you should try dekat tempat yang ori! Kat Kluang Railway. Bun bakar dia memang sedap gila! Oh, kopi pun. Memang sedap hingga menjilat lidah! One more, telur separuh masak. If you're wondering kenapa ada lada sula dengan kicap cair tu, itu untuk makan dengan telur separuh masak. Bun bakat dengan lada sula and kicap cair dah jadi simbol untuk Kluang Railway.


Lepas tu, makan bubur ayam pulak. Yang ni, rasanya masa saya duduk kat Kluang, bubur ni tak ada. Maybe sebab dia dah melebarkan sayap, ( cehh ayat) dia buat bubur. Sekarang, makanan dia memang dah banyak. And, sedap! Seriously, you need to try it!
After that, pergi rumah my baby sitter. Kebetulan pulak, anak dia bertunang. Makan lagi! Hahaha!My baby sitter was so happy to see us. Sampai menangis-nangis. Terharu gila.
( Ke dia nangis sebab dia tak nak pun kitorang datang?)
Okay, lepas tu, balik Batu Pahat. The End. Seriously, rindu KLUANG!




Sunday, January 30, 2011

Happy Chinese New Year

To all chinese out there, I'm wishing you, happy chinese new year!
There's one thing that I like about chinese new year:
1. I can eat lots and lots and lots of tangerines.
And one thing that I hate about it:
The teachers will give us lots and lots and lots of homeworks!
2 kerja kursus.
1 homework math
1 homework english
SEMBILAN lukisan dengan teknik yang berbeza...
part yang sembilan tu yang tak tahan... I'm not learning in an art academy...
Kenapa kau menyeksaku sebegini? ( Dramatic intonation)
Answer: Sebab kau tu buta seni. So, kau kena buat latihan banyak-banyak. Barulah mata seni kau tu celik.
'The Art Vision'
Okay, tu je.. Just nak mengadu pasal homework bertimbun.
HAPPY CHINESE NEW YEAR!

Thursday, January 20, 2011

Saya Rindu 2010!

Fuhhhhhh!!!!!! 3 minggu dah sekolah! Dah lama gila tak update blog! I'm sorry, bloggy!
2011 dah lama start. But, I'm still in the 2010 mood... :(
I missed it sooooooooooooooooooooooo much!
I missed 1 Harapan!
Espacially my dear best friend! NURIN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Since we're not classmates anymore,
I can't sit with her,
eat with her,
being crazy together,
GOSSIPING with her...
Pergh!!! Gila rindu!!!!
What I can do with her is just texting and calling.. Tu pun dah jarang...
I know, Nurin, kau sekarang selalu dengan Seera, Syafiqah and Fat kan... :) Good for you...
Eventhough almost the whole time in school berkepit dengan dia, saya tak pernah bosan...
Tapi, sekarang selalu berkepit dengan Jam. Berkepit tanpa rela nih!
Saya dan Jam: Sama-sama pengawas,
sama-sama PRS,
sama-sama pengakap, sama-sama chess, sama-sama kelab ERT,
sama-sama pilihan PK,
sama kelas,
duduk sebelah...
So, selagi saya kat sekolah, saya terpaksa bersama dengan dia. Tension weyh! Sebab dia SANGAT ANNOYING!!!!!
Nasib baik yang pengakap, ERT, and chess tu sama jugak dengan Nurin!!!!
Weeeeeee!!!!
Nurin, tolonglah jadi PRS and pengawas..
At least dapat gak spend time dengan kau doh!
That's why I miss 2010 so much!
Fat, Mama, Syafiqah, Alia, Seera!!!!! I miss you guys tooooooooooo!!!!!

Sunday, January 2, 2011

SCHOOL!!!!!!!!!

Background blog ni menunjukkan macam semangat gila nak menjejakkan kaki ke sekolah depan rumah tu..
Hakikatnya, mungkin esok, bila dah sekolah perasaan rindu terhadap
keempukan tilam dalam bilik,
kepuasan menekan-nekan keyboard laptop,
keharmonian lagu-lagu
dan paling penting keharuman aroma biskut-biskut kat dapur..
Teehee!!!!!
Tapi, nak buat macam mana, kalau dah nama pelajar, memang tak boleh lari dari sekolah. Eh, bolehlah... Ponteng sekolah. :D Tapi, kalau buat cubaan ponteng sekolah tu, memang mintak hukuman seksyen 100 undang-undang keluarga Baharozaman, sebatan 10 kali!
TAK SANGGUP.... Jadi, pergilah sekolah.
Actually, excited jugak nak sekolah, sebab nak jumpa kawan. Tapi, yang menyebabkan rasa malas nak ke sekolah sebab keengganan memikul tanggungjawab sebagai pelajar berbaju biru. Tapi, kena motivasi diri...
"Ain, kalau kau pengawas, kau dapat sijil.. Boleh masuk MRSM masa form 4"
"Ain, kau pergilah sekolah! Kau tak rindu nak camping ke? Kata bangga sangat jadi pengakap!"
Tapi, sebenarnya motivasi macam tu, tak banyak membantu.. Motivasi paling membantu...
Pergi tenung muka ibu, dan bayangkan buat perangai ponteng sekolah. Lepas tu, mulalah terbayang adegan didera. MOTIVASI PALING BERKESAN. Unless kalau dah biasa sangat kena marah dan dibebel, kemungkinan akan jadi kebal bebelan.
Maka, saya harus ke sekolah! :O
Eh, nametag dengan lencana tak jahit lagi oh!
"Ayah.. Tolong jahitkan nametag dengan lencana" *Buat muka seposen..
Yey! Ayah jahitkan..
:D

Friday, December 31, 2010

The Year End Baby

Kan ada entri pasal My Pitiful Cousin, yang Aiman tu kan??? Well, this post pun pasal dia jugak. Aiman, asal kau sibuk masuk dalam blog aku??? Eh, padahal tuan punya blog yang nak tulis pasal dia... Tak sedar diri.... Ish ish ish...
Begini kisahnya....
Pada 31.12.2010.. iaitu pada hari terakhir 2010, telah lahir seorang bayi lelaki...
Ayahnya, (Ayah Li) telah pergi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa untuk mencari rezeki. Ibunya yang sedang mengandung (Mak Nurul) berada di rumah bersama 4 orang anaknya yang lain..(Aiman, Rina, Adam, Tica) Lepas tu, Mak Nurul pergi kat satu bilik, nak ambik barang-barang bayi.( Eh, hilang dah ayat karangan darjah enam) Masa tu, Mak Nurul sakit perut.( I mean, kat rahim lah...) Then, kat bilik tu jugak anak dia terberanak. Aiman tukang menyambut bayi tu.. Meaning, dialah pakar bidan waktu tu. Adik-adik dia yang lain, jadi nurse blurr tak tahu nak buat apa. Sahlah nurse tak terpelajar...
Mak Nurul cakap: ''Aiman, call Ayah! Jangan cakap baby dah keluar"
Aiman: *Call Ayah Li... "Ayah, ibu nak bersalin"
Then, bila Ayah Li dah sampai kat gate rumah, Aiman keluar..
Aiman: "Ayah! BABY DAH KELUAR!!!"
Ayah Li terus terlepas segala barang yang dia pegang.. Bersepah kat depan rumah. Showing that's he was too panic. Tak macam Angah yang sempat lagi letak pinggan kaca elok-elok atas lantai masa dia kena sengat tebuan.
Bila Ayah Li masuk, Ayah Li nampak, her wife with a very pale face and his new son with blood. So, call ambulance...
*Ninoninono!!!! Ambulance dah sampai. Pergi hospital.
The baby's weight is 3kg. However, baby tu kekurangan gula. Sebab, masa Mak Nurul tengah pregnant, dia ada kencing manis, so kurangkan pengambilan gula... Bak kata iklan kat TV tu, kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman! Mak Nurul pun, kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman, and dapat baby kurang gula.
Anyway, dah banyak experience yang Aiman dapat. Kena sengat tebuan, tercekik tulang sampai pergi hospital, then tengok orang beranak. Kita yang 13 ni pun tak dapat experience macam tu. Eh, tak naklah experience kena sengat tebuan and masuk hospital sebab tercekik tulang. Nak experience tengok orang beranak.
Adik dia lahir last day of 2010 ouh... Meaning, every year kenalah dia melanguk tunggu birthday dia bila orang lain dah sambut birthday, Tapi, tak apa, each time birthday dia, orang main mercun. Semua celebrate birthday dia sebab nak celebrate new year. Dia kira okay lagi, dari orang lahir 30 Februari lagi pathetic. Sambut birthday 4 tahun sekali. Dahlah tak ada mercun. Macam kalau dia sambut birthday dia yang ke-8, dia baru sambut birthday dua kali. Macam dia tu, 2 tahun.. Kesian kan, kalau orang macam tu???Bersyukurlah kau Ain kau lahir bulan September.. Alhamdulillah.. :D